Dalam pada itu, Nabil berkata, apa yang dilakukan itu tidak kurang seperti teguran yang dilakukan netizen terhadap golongan artis yang lebih berniat memalukan. Nabil menerusi laman Intagram turut memuat naik paparan skrin seorang individu yang menegur permohonan maaf tersebut dilihat seperti menyindir netizen.
Sebelum ini, Nabil menerusi siaran Instagram live bersama Neelofa menyokong pandangan penyanyi Black yang memohon bantuan kerajaan untuk penggiat seni ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Tindakan itu menimbulkan rasa marah netizen yang menyerang pelawak itu dengan kata-kata kesat di laman sosial.
Pada Selasa lalu, Nabil memuat naik video permohonan maaf dan menyifatkan netizen sedang meraikan kemenangan itu. Dalam pada itu, Nabil berkata, dia masih dirinya yang dahulu dan mencari rezeki untuk menanggung keluarga serta ibu bapa di kampung.
Nabil Ahmad bagaimanapun berharap agar semua pengguna media sosial untuk menghentikan hal atau isu yang negatif ini dan saling berdoa agar pandemik COVID-19 berjaya dihapuskan.