Jenama penjagaan wajah keluaran Bumiputera, N Three Beauty mempunyai dedikasi yang tinggi untuk menjadikan dunia kecantikan dapat dimiliki bagi segenap golongan, tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit.
Cabaran itu disahut oleh Ketua Pegawai Eksekutif N Three Beauty, Norhaslina Asma binti Mohd Hashim, 41 yang kini mengambil alih dalam menguruskan jenama berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
N Three Beauty yang telah berada di pasaran sejak 2005, kini sedang menjalani proses pemasaran yang giat untuk menarik lebih ramai peminat baru terhadap jenama berkenaan.
Norhaslina Asma berkata, pembabitannya bersama N Three Beauty berlaku secara kebetulan kerana suaminya sebelum itu merupakan rakan kongsi di dalam syarikat berkenaan.
Namun selepas pengasasnya meninggal dunia, suaminya meminta beliau untuk membantu memajukan N Three Beauty.
Wanita pintar yang memiliki pengalaman luas di dalam bidang pengurusan korporat itu berkata, setelah mengambil alih pengurusan N Three Beauty, beliau mula jelas dengan hala tuju untuk membawa jenama kecantikan ini ke tahap yang lebih tinggi.
Bersama moto ‘Beauty for All’ N Three Beauty merupakan jenama produk kecantikan yang terdiri daripada Beauty Soap, Beauty Scrub, Beauty Essence, Cleansing Milk, Moisturizer, Day Cream, Acne Serum, Day Serum dan Night Serum.
Produk keluaran N Three Beauty telah melalui proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang teliti dan diberi kelulusan oleh pakar perubatan.
Apa yang nyata, produk kecantikan N Three Beauty, sesuai untuk kulit masyarakat Asia dan tidak mengandungi kesan sampingan yang berbahaya.
Menurut Norhaslina Asma, dia mahu mengatasi persepsi masyarakat terhadap produk tempatan dengan memastikan produk keluaran N Three Beauty adalah berkualiti tinggi dan sesuai dengan kulit masyarakat Asia.
“Cabaran utama adalah persepsi masyarakat, kerana masyarakat telah dipengaruhi dengan persepsi bahawa produk tempatan adalah produk timbang kilo dan tidak berkualiti. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu sebenarnya Malaysia sendiri adalah antara negara pengilang produk kecantikkan yg berkualiti tinggi.
“Saya ingin melihat N Three Beauty menjadi jenama pilihan dan setanding dengan jenama antarabangsa.
“Selain itu juga, saya ingin memastikan pengguna memilih produk yang selamat digunakan tanpa mengabaikan kesihatan diri,” katanya.
Beliau telah menyusun strategi untuk menjadikan N Three Beauty setanding dengan jenama antarabangsa.
Menurut Norhaslina Asma, N Three Beauty akan menjadi pilihan utama pengguna Asia dan mengubah pandangan masyarakat tentang kecantikan, di mana kulit yang bersih dan sihat adalah kecantikan sejati.
N Three Beauty akan terus berusaha untuk memperluaskan pasaran mereka dan mencapai impian Norhaslina Asma untuk menjadikan jenama ini sebagai empayar kecantikan global.
LATAR BELAKANG N THREE BEAUTY
Syarikat N Three Beauty Centre pertama kali diasaskan pada tahun 2005. Di atas pemergian pengasas utama berkenaan pada tahun 2016, legasi dan pengurusan N Three kemudiannya diteruskan oleh rakan kongsi.
Jenama dan logo syarikat yang terkenal sebagai ‘N3 Beauty Care’ kemudiannya berjaya didaftarkan dengan MyIPO pada 2016 di bawah Akta Cap Dagangan 1976 di bawah Kelas 3 dan Kelas 35.
N Three Beauty adalah sebuah jenama kecantikan yang kini dikelola dengan penuh dedikasi oleh Norhaslina Asma binti Mohd Hashim, turut merupakan seorang pakar dalam bidang pengurusan dan sumber manusia korporat.
Jenama ini muncul dalam industri kecantikan Malaysia, menghadirkan 9 produk berkualiti tinggi yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Beauty Essence Acne Serum Beauty Soap Day Serum Day Cream Cleansing Milk Beauty Scrub Night Serum Moisturizer
Melalui penghasilan produk bersesuaian untuk semua jenis kulit, produk Beauty Soap, Moisturizer dan Beauty Essence merupakan antara tiga produk yang menjadi rebutan orang ramai.
N Three Beauty memperjuangkan moto ‘Beauty For All’ dengan komitmen untuk membawa kecantikan kepada semua lapisan masyarakat. Dengan pendekatan yang teliti dalam proses R&D dan kelulusan produk dari Doktor Pakar, N Three Beauty telah memenangi hati pelanggan dengan produk berkualiti tinggi yang selamat digunakan.
Dato’ Dr. Abdul Fahmi, Penasihat N Three Beauty dan merupakan seorang Perunding Am dan Pakar Bedah Laparoskopik bersama pengalaman 30 tahun dalam bidang perubatan dan pengetahuan yang luas dalam produk farmaseutikal turut menyumbang manfaat besar terhadap syarikat.
Beliau benar-benar percaya bahawa kecantikan mesti digabungkan dengan kesejahteraan yang lebih sihat diikuti bahan-bahan yang selamat digunakan dalam produk penjagaan kecantikan N Three Beauty memastikan setiap produk bebas daripada paraben berbahaya dan derivatif haiwan.
Ia adalah matlamat untuk mencapai keseimbangan yang baik antara kecantikan, kesihatan dan keselamatan.