Pengguna aplikasi MySejahtera telah menerima kejutan pada semalam apabila terdapat label “sah” atau verified dipaparkan pada profil mereka. Setakat ini, masih belum diketahui mengapa ciri ini secara tiba-tiba diperkenalkan pada kemas kini terbaharu aplikasi MySejahtera.
Sementara pihak KKM masih belum memberikan sebarang pengumuman rasmi mengenainya.Terdapat kemungkinan ia dipaparkan untuk mengesahkan akaun pengguna memaparkan maklumat yang betul seperti di dalam rekod rasmi kerajaan. Mungkin juga ini selaras dengan pembukaan sempadan untuk memudahkan semakan identiti seseorang pengguna MySejahtera.
Beberapa bulan lepas berlakunya sindiket yang menghasilkan aplikasi MySejahtera yang diubah suai bagi memaparkan maklumat vaksinasi dan kesihatan pengguna yang palsu. Untuk anda mahu menyemak sama ada akaun anda sah atau sebaliknya, boleh pergi ke bahagian profil aplikasi MySejahtera yang telah dikemas kini.