in

Myo Oh Chentaku & Zahir Zainuddin Sibuk Kendalikan JEJAK TERER di hurr.tv

‘JEJAK TERER’ MENGUMPUL DANA UNTUK RUMAH ANAK-ANAK YATIM

– Dua hos berbasikal, 5 hari, 500km. Eksperimen sosial memupuk nilai murni di kalangan rakyat Malaysia –

(Dari kiri-kanan): Ahmad Khairi Zulkifli-Ketua Kandungan & Perancangan Strategik hurr.tv, Myo Oh Chentaku, Zahir Zainuddin, Datin Elaine Daly-Pengarah Saluran hurr.tv

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv hari ini melancarkan program travelog real time terbaharu, ‘Jejak Terer’ yang dibawakan oleh MyEG di hurr.tv.

Program ini akan berlangsung selama lima hari dengan lima sesi siaran secara langsung disiarkan di laman web hurr.tv (www.hurr.tv) serta di laman media sosial YouTube dan Instagram bermula 19 Ogos 2017.

Program yang dihoskan oleh Mior Luqman Hakim @ Myo Oh Chentaku dan Zahir Zainuddin ini akan melihat cabaran mereka berbasikal dari Kuala Lumpur ke Langkawi tanpa wang, dan hanya berbekalkan makanan yang terhad dan telefon bimbit.

Sepanjang perjalanan, mereka akan berkongsi pengalaman berbasikal secara real time dan hanya bergantung pada kecerdasan, kepintaran dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran berkenaan.

Penaja utama program, MY E.G. Services Berhad akan menyumbangkan RM10,000 untuk setiap 100km yang berjaya dilalui dan jumlah akhir pada penghujung program akan disumbangkan kepada lima buah rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah, Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari, Rumah Anak Yatim & Hidayah Al-Hijrah, Rumah Kasih Nurul Hasanah dan Rumah Anak- Anak Yatim At-Taqwa.

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata,

“Jejak Terer’ adalah satu eksperimen sosial yang unik untuk mengenali rakyat Malaysia yang prihatin, termasuk hos yang melalui cabaran fizikal ini, dan orang ramai yang mereka temui sepanjang perjalanan, semuanya disiarkan secara ‘real time’. Ini adalah peluang untuk memupuk nilai murni, dan pada masa sama mengumpul dana bagi tujuan yang mulia.”

“Penonton juga boleh memainkan peranan mereka untuk menyumbangkan sebarang jumlah sepanjang program berlangsung untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim terpilih. Penaja utama kami MyEG akan turut menggandakan jumlah yang disumbangkan orang ramai di akhir program.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv atau ikuti kami di:

Facebook https://www.facebook.com/hurr.tv/
Instagram https://www.instagram.com/hurr.tv/
Twitter: https://twitter.com/hurr_tv

###
MENGENAI HURR.TV
Nak sangat layan citer terkini yang hip, urban, relevan dan ‘real’? Hurr.tv ada semuanya. Layani gosip yang kini trending di internet; dari isu-isu viral hingga ke selebriti terkenal. Kami menjanjikan cerita best sama ada tentang fesyen terkini, kecantikan, kesihatan, gaya hidup dan isu kontemporari tanpa menjadi terlalu serius.
#cekidaut!
Semuanya hanya di www.hurr.tv.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Insiden Perosak Rumahtangga Aliff Aziz, Afifah Sedia Buka Mulut

JAILANGKUNG Filem Seram Indonesia Paling Laris Ditayang di Malaysia