in

My No Compromise Experience

MAIN GAMES DAPAT HADIAH?
Terus terang cakap, Budiey ni tak suka habiskan masa bermain games. Samada games di komputer atau pun menggunakan gadget-gadget lain. Games kat handphone pun Budiey jarang sentuh. Ini pula games di online.

Tapi bila dengar Mister Potato ada games BEST, Budiey pun rasa teruja jugak nak cuba. Pergh! Games yang satu ni buat Budiey beralih arah. Selama ini tak minat main games dah mula jadi hantu games pulak. Sebab apa? Sebabnya games ni, kalau korang main, dapat hadiah! Yea, ianya satu peraduan!

Lama kelamaan Budiey jadi ketagih. Tak sah kalau tak main dalam satu hari. Pendek kata, games ni memang menyeronokkan. Nak cuba banyak kali pun boleh.

Games yang Budiey cakap ni diberi nama No Compromise Game. Dibawakan secara ekslusif oleh Mister Potato ! Untuk selesaikan satu entri peraduan, sebanyak 8 level perlu diselesaikan. Kira mencabar gak la.

Dari level 1 lagi, Budiey dah rasa game ni sangat menarik dan memerlukan tumpuan yang lebih. Level 1 mudah sahaja, korang perlu memilih ibu kentang untuk dibahagikan mengikut kategori samada masih elok atau patut dibuang sahaja.

Selagi mana korang tak berjaya, korang tak boleh meneruskan permainan ke level seterusnya.

Dan ini sampai ke level ini… di mana korang kena test bunyi kerangupan asli ubi kentang. Umpph! Dengar kerangupan je pun, Budiey rasa nak pergi beli Mister Potato kat kedai. Best!

Kalau nak tahu, Potato Chips ada 2 perisa kegemaran iaitu Original dan Hot & Spicy. Budiey dah cuba kedua-dua perisa. Ternyata, tak tahu nak pilih yang mana satu sebab kedua-dua perisa tu Budiey suka. Kalau shopping kat pasaraya, pasti kedua-dua perisa ni Budiey rembat punya. Mmm…yummmy! Rangup giler!

Kalau korang ke kedai, jangan lupa dapatkan Potato Chips ni yang dibungkus dalam pack size 160g. Kualitinya 100% adalah rasa potato yang dipilih dari jenis yang terbaik dan paling subur di Atlantic, Dakota Pearl dan Hermes Potatoes. Yang penting, kesihatan korang pun terjamin sebab ia mengandungi kandungan gula yang rendah.

Every chip has to be tasty, crunchy and nice… NO COMPROMISE!

Okay, last sekali… selepas selesai main game hingga ke level yang terakhir, korang kena upload gambar. Mmm… buatla style apa pun, asalkan kreatif.

 Ini dia Budiey dah upload.

Ni betul-betul… NO COMPROMISE!

Excited tak nak main game nih? Menarik kan? Jadi, tunggu apa lagi, teruskan melayari:
www.misterpotato.com.my.

Mister Potato Fiesta 2009

Nak menang wang tunai RM10 ribu dengan hanya main games No Compromise. Fuh, ini bukan bergurau ya. Okay, mari Budiey tunjuk caranya:

Mula-mula korang masuk dulu website Nuffnang.

Dafter dulu. Korang perlu isi borang dengan memberikan biodata diri yang betul. Bukan fake, ya.

Bila dah selesai, haaaa… korang dah sikit-sikit mendekati hadiah lumayan ini:

Tempat pertama: RM5,000
Tempat kedua: RM3,000
Tempat ketiga: RM2,000

Selepas mendaftar, korang kena login dengan username dan password sendiri untuk bermain. Bermula dengan level 1 yang mana korang perlu bermain bersungguh untuk naik ke level seterusnya. Kalau kalah di level 1, korang tak boleh naik ke level kedua. Begitulah seterusnya.

Level paling BEST bagi Budiey ialah di mana kepakaran pembaca semua diuji untuk memotong ubi kentang. Haaa… ini betul-betul buat korang rasa… urgh… mencabar sungguh games ni. Tapi menyeronokkan. Tak percaya, korang kena cuba!

Akhir sekali, setelah selesai melalui semua level, korang akan diberi peluang untuk upload gambar sendiri dengan mengenakan pakaian seperti Mister Potato. Tips dari Budiey, kalau korang nak menang, kenalah hantar gambar yang paling kreatif yang boleh menarik perhatian juri. Ini rasa, pada tahap ini, persaingan memang sengit memandangkan semua dah bijak edit gambar masing-masing.

Okay, bila dah siap. Kena tunggu tarikh 29 November di mana gambar korang akan berada dalam galeri. Pelayar internet, boleh mengundi anda sehingga 5 Disember. Jadi, dalam tempoh itu, ajaklah kawan-kawan dan sanak saudara supaya undi anda. Ini penting untuk melayakkan anda mendapat jemputan ke Grand Mister Potato Fiesta of the year yang akan di Mist Club, Bangsar pada 19 Disember ini.

Okay, kepada  penulis blog atau Nuffnangers pula, untuk mendapat hadiah wang tunai, perlulah menulis blog tentang Mister Potato Contest. Ceritakan apa sahaja yang menarik tentang Mister Potato termasuklah korang boleh tunjukkan kemahiran bermain games No Compromise, menyanyi ke, buat filem pendek ke, macam-macam la korang boleh buat. Yang penting, biarlah kreatif.

Tarikh tutup peraduan ini pada 21 November 2009. Jadi, apa tunggu lagi. Layari website ini (link)
untuk keterangan lanjut.

Jom layari: www.misterpotato.com.my

atau layari:

http://www.nuffnang.com.my/blog/2009/11/02/mister-potato-fiesta-2009

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pra-Tonton Program TV Media Prima 2010

Biodata Yatt Hamzah, Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman Berhijrah