MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO
HANYA DI 8TV
Tarikh siaran: 2 Disember 2011
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam
Bahasa: Mandarin
Semua orang inginkan kasih sayang dari orang lain. Ada yang disayangi sebagai keluarga, teman mahupun kekasih. Ada yang bertuah kerana kasih sayang dihargai dan dibalas dengan perasaan cinta. Namun tuah tidak berpihak kepada Cha Dae Woong apabila dia menyedari gadis yang dicintainya adalah seorang ‘Gumiho’.
8TV sekali lagi membawakan kepada penonton siri terbaru, My Girlfriend Is A Gumiho yang juga telah memenangi pelbagai anugerah! Drama ini mengisahkan kisah percintaan antara manusia dan ‘Gumiho’ iaitu seekor musang jadian yang mempunyai sembilan ekor. Siri terbaru ini juga pasti akan menghiburkan penonton kerana mempunyai unsur komedi, fantasi, aksi dan juga drama!
Kisah ini bermula apabila Cha Dae Woong (Lee Seung Ki) telah melepaskan ‘Gumiho’ yang terperangkap dalam lukisan Grandma Shamshin. Dae Woong hanya menyedari kesilapan yang dilakukannya itu apabila ‘Gumiho’ yang menyerupai seorang wanita jelita muncul di hadapannya. ‘Gumiho’ bagaimanapun menginginkan kehidupan menjadi seorang wanita normal.
Dalam pada masa yang sama, Dae Woong telah mengalami kemalangan yang boleh meragut nyawanya tetapi ‘Gumiho’ tanpa berfikir panjang telah menyelamatkan nyawa Dae Woong dengan memberikan ‘marble’ musang miliknya kepada Dae Woong. Dae Woong menghargai jasa baik ‘Gumiho’ dan telah membantunya untuk meneruskan hidup dan merahsiakan identiti sebenar ‘Gumiho’.
Dae Woong dilanda dilema apabila dia menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada Gumiho. Keadaan menjadi semakin rumit apabila ‘Gumiho’ diberitahu oleh Dong Joo bahawa dia terpaksa minum darah manusia dan memberi ‘marble’ musang miliknya kepada Dae Woong selama 100 hari untuknya bertukar kekal menjadi manusia.
Dong Joo yang juga merupakan seorang doktor haiwan yang mempunyai darah manusia dan makhluk lain bagaimanapun tidak memberitahu hal sebenar kepada ‘Gumiho’. Untuk menjadi manusia kekal, selepas 100 hari memegang ‘marble’ musang itu, Dae Woong terpaksa mati sekiranya ‘Gumiho’ mahu menjadi manusia selama-lamanya. Namun, adakah ‘Gumiho’ sanggup menggadaikan nyawa kekasih hati demi kehidupan yang diingininya? Nantikan kesudahan drama bersiri hebat ini!
Dengan plot dan jalan cerita yang menarik, My Girlfriend Is A Gumiho pasti akan menarik minat penonton untuk berada di depan kaca TV setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam bermula 2 Disember 2011 ini hanya di 8TV!
“8TV sekali lagi memberikan penonton 100% hiburan dengan mempersembahkan drama bersiri terbaru My Girlfriend Is A Gumiho! Berkonsepkan komedi, aksi, fantasi, dan drama semua dalam satu cerita, My Girlfriend Is A Gumiho pasti akan menghiburkan malam Isnin hingga Jumaat andaâ€, kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri aksi fantasi komedi terbaru ini yang dibarisi pelakon mantap seperti Lee Seung Ki, Shin Min Ah, No Min Wo dan Park Soo Jin hanya di 8TV! Berhibur bersama 8TV yang juga terdapat di saluran Astro 708. Kini anda boleh menonton rancangan 8TV kegemaran di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts