in , ,

Meriahnya! Sekitar Pelancaran Absolut Bazaar X Gaya Raya 2022 Di MITEC

Tahniah buat Absolut Event & Management, My Event International dan MITEC yang telah berjaya menganjurkan acara Festival GAYA RAYA 2022!

Berita baik buat semua, My Events International akan meneruskan kerjasama dengan dua lagi rakan perniagaan untuk menganjurkan jualan secara besar-besaran seperti Festival Gaya Raya pada masa depan. Jadi, kepada anda semua, tak kiralah usahawan atau pembeli tegar, nantikan pengumuman pada masa akan datang.

Pada hari Sabtu lalu, Budiey telah hadir di Pelancaran Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 yang telah bermula 22 April selama empat hari tanpa henti selama 66 jam di MITEC yang turut dijayakan bersama oleh Absolut Event & Management. Meriah betul!

Dengan adanya acara ini, sekurangnya dapat membantu para usahawan dan perusahaan tempatan untuk meraih pendapatan pasca pandemik COVID-19. 

My Events International Bakal Meneruskan Jualan Secara Besar-Besaran Di Masa Akan Datang

Hampir dua tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama seisi keluarga di kampung. Absolut Bazaar X Gaya Raya telah memberi peluang kepada pengunjung untuk mencari barang keperluan hari raya di lokasi yang selesa dan penyertaan vendor sebanyak 450 jenama.

My Events International Bakal Meneruskan jualan secara besar-besaran Di Masa Akan Datang

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hema Kandy berkata, gabungan semangat kerjasama, kemahiran, pengalaman dan bidang masing-masing menjadi faktor utama majlis tersebut berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Sebanyak 420 usahawan berkumpul untuk jualan mega di sini selama 66 jam dan ini adalah peluang untuk mereka menawarkan produk masing-masing dengan harga menarik memandangkan ia adalah minggu terakhir untuk persiapan hari raya.

“Meskipun ada juga jualan mega berlangsung di lokasi-lokasi utama di sekitar Lembah Klang, ia tidak menjejaskan jualan di sini kerana kami memiliki keunikan tersendiri,” katanya.

– Hema Kandy

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar di MITEC di sini baru-baru ini.

My Events International Bakal Meneruskan jualan secara besar-besaran Di Masa Akan Datang

Turut hadir Pengurus Besar Pembangunan MITEC, Winnee Lim; Pengasas Bersama Absolut Brands Sdn. Bhd. Nurali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Syed Fuad.

Lim menerangkan, kelebihan MITEC yang memiliki keluasan dan boleh menampung sehingga 100,000 pengunjung dalam satu-satu masa menawarkan keselesaan dan penjarakan sosial yang bersesuaian untuk orang ramai membeli-belah bagi membuat persiapan hari raya.

Pendek kata, segala keperluan raya ada di sini termasuklah pelbagai sektor perniagaan seperti makanan dan minuman, pakaian, aksesori dan sebagainya di bawah satu bumbung.

My Events International Bakal Meneruskan jualan secara besar-besaran Di Masa Akan Datang

Kemudahan yang lengkap seperti surau, tempat makan dan juga kawasan meletak kenderaan di sini juga memainkan peranan bagi meningkatkan keyakinan pengunjung ke sini.

Sementara itu, Nurali memaklumkan, penganjuran jualan selama 66 jam tanpa henti di sini memberi peluang kepada pengunjung untuk berada di MITEC sepanjang hari menunjukkan lokasi dan kemudahan di sini bersesuaian untuk mereka bersama keluarga berkumpul menikmati makanan dan minuman untuk berbuka serta bersahur selain membeli-belah.

“Kami mahu kesepakatan kerjasama ini diteruskan pada jualan hari raya tahun depan atau jika ada permintaan kami mahu membawa konsep yang sama ke luar Lembah Klang,” ujarnya.

– Hema Kandy
My Events International Bakal Meneruskan jualan secara besar-besaran Di Masa Akan Datang

Festival Gaya Raya KUSKOP bersama Absolut Bazaar x Gaya Raya telah dirasmikan di MITEC, Kuala Lumpur pada petang 23 April 2022 oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang dihadiri seramai 50 ribu orang pengunjung. YB Menteri juga sempat mengunjung ke tapak-tapak pameran dan beramah mesra dengan usahawan-usahawan dan selebriti-selebriti yang hadir. 

“Festival ini merupakan festival terbesar di Malaysia setakat ini. Sambungnya lagi, festival ini telah memberi ruang kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk mereka kepada orang awam. 

Penganjuran festival ini sudah pasti akan menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya setelah dua tahun disambut dalam suasana suram. Slogan festival ini, “Restart, Reboot, Refresh”, sangat bertepatan dengan situasi semasa di mana seluruh Keluarga Malaysia sudah pasti mendambakan kemeriahan menyambut Aidilfitri seperti sediakala.”

– YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar

Antara Matlamat Festival Ini Adalah: 

  • Mempromosi produk para peniaga dan usahawan tempatan
  • Meningkatkan kegiatan ekonomi pasca pandemik COVID-19 
  • Memberi ruang dan peluang untuk berinteraksi bersama pengguna 
  • Menggalakkan penyertaan usahawan sekaligus dapat menjana keuntungan berterusan
  • Memberi platfom kepada usahawan-usahawan baru untuk berdaya saing 
My Events International Bakal Meneruskan jualan secara besar-besaran Di Masa Akan Datang

Selebriti seperti Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza, Marsha Milan, Fasha Sandha, Aedy Asyraf, Shukri Yahya, Izzu Islam, Nelydia Senrose, Rozita Che Wan dan banyak lagi turut hadir memeriahkan lagi festival raya ini. Jenama-jenama besar seperti Jovian, Fiziwoo, Bulan Bintang dan Alha Alfa juga dapat ditemui di Absolut Bazaar x Gaya Raya ini. 

My Events International Bakal Meneruskan jualan secara besar-besaran Di Masa Akan Datang

Semua pengunjung disarankan untuk datang ke festival ini bersama keluarga untuk menikmati keriuhan suasana dan dalam masa yang sama menikmati aktiviti-aktiviti menarik yang akan disediakan! Festival ini akan terus berlangsung sehingga 25 April pukul 5 pagi.

MENGENAI MY EVENT INTERNTIONAL

My Events International merupakan sebuah syarikat pengurusan acara yang berpengalaman selama 15 tahun. Syarikat ini mempunyai cawangan di 9 buah negara iaitu Saudi Arabia, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda dan United Arab Emirates dan beribu pejabat di Malaysia. My Events International berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik dalam penganjuran ekspo, persidangan, anugerah dan pelbagai acara mengikut keperluan pelanggan. 

MENGENAI ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT 

Absolut Event & Management merupakan jenama baharu yang dicipta dengan perluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan meletakkan keknya di kira-kira lebih 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha untuk lebih dekat dengan masyarakat. Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah kepada pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali pertama mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak. 

MENGENAI MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXHIBITION CENTRE (MITEC) 

Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di dalam Bahasa Melayu adalah Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. Ia sering disingkat sebagai MITEC, merupakan pusat perdagangan dan pameran terbesar Malaysia di pinggir bandar Segambut, Kuala Lumpur. 

MITEC ialah komponen pertama dan perdana pembangunan Metropolis KL Naza TTDI dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM20 bilion. Ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE. 

MITEC mempunyai keluasan lantai kasar 143,191 meter persegi (1.5 juta kaki persegi), di atas tanah utama seluas 13.3 ekar dan sejumlah 484,376 meter persegi ruang pameran dengan siling setinggi 36 meter menjadikan acara dalaman boleh dilaksanakan. Ruang parkir boleh memuatkan sehingg 1,400 kenderaan. 

Kredit Foto: Ruby.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rendy Faliq Berkolaborasi Dengan Ippo Hafiz Hasilkan Lagu BERBAGI CINTA

Naarabelle Facespa

Naarabelle Facespa Mahu Merawat 100,000 Wajah Tahun Ini