in

Muzzy Sanggup Berpanas Demi Peminat

SANGGUP BERPANAS DEMI PEMINAT

Pengalaman sepanjang 11 tahun menyanyi di serata kelab nyata memberi banyak kelebihan kepada Muzzy dalam membuat persembahan pentas samada secara ‘live’ mahupun akustik.

Maka tidak hairanlah apabila beliau ditawarkan untuk menyanyi ala seniman jalanan bersama skuad radio Suria FM iaitu Suria Wheels, Muzzy terus merasa teruja menanti tarikh 7 Mei ini.

“Rasa tak sabar hendak menjejakkan kaki ke Pasar Seni pada jam 3 petang dan seterusnya ke Taman Tasik Titiwangsa pada jam 5 petang Sabtu ini.

Muzzy

Selain daripada rasa gembira kerana bakal bertemu para peminat dan pendengar Suria FM, saya juga rasa teruja untuk mendendangkan empat lagu dari album saya secara akustik sambil bermain gitar”, ujar abang kandung Noh (Hujan) ini.

Biarpun hanya bergelar seniman jalanan selama sejam untuk tempoh sehari sahaja, pelantun lagu Hingga Akhir Nafasku ini sudah cukup berpuas hati.

“Saya ibaratkan dua persembahan ini sebagai ‘pemanas badan’ sebelum konsert perlancaran album pertama saya ‘Destinasiku’ pada 3 Jun akan datang di Auditorium Pustaka Miri Sarawak.

Muzzy

Walapun nampak mudah, namun menyanyi ala seniman jalanan ada cabaran tersendiri.

Faktor cuaca panas, persekitaran yang sesak, kemampuan melontarkan vokal tanpa sokongan sistem bunyi dan stamina banyak mempengaruhi tahap persembahan.

Namun, dengan izin Allah, saya yakin saya mampu untuk menyanyi secara akustik di tempat awam berdasarkan pengalaman saya menyanyi di kelab selama ini”, tambah Muzzy.

Dianjurkan oleh Alibi Music dan dengan kerjasama Suria FM, kemunculan Muzzy di Pasar Seni dan Taman Tasik Titiwangsa ini adalah sempena persinggahan dan lintas langsung Suria Wheels di kedua-dua lokasi berkenaan.

Warga kota yang menyertai aktiviti berkenaan bukan sahaja akan dihiburkan oleh Muzzy bahkan mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan eksklusif sumbangan Alibi Music.

Acara yang sama akan menampilkan Asfan dan Zarul & The Protes pada 14 dan 21 Mei akan datang di lokasi yang akan diumumkan nanti.

Muzzy yang bernaung di bawah Alibi Music semenjak 2010 adalah antara taruhan terbaru label musik berkenaan. Biarpun hanya bertindak sebagai pengedar, namun Alibi Music sentiasa menyokong usaha gigih Muzzy untuk menempatkan diri di persada muzik tanahair.

Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, Muzzy sememangnya unik.

“Muzzy menampilkan genre punk rock iaitu satu genre yang berbeza dan lebih segar jika dibandingkan dengan genre muzik yang sedia ada. Beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen dan menggubah lagu.

Sebagai label musik yang independen, Alibi Music melihat Muzzy sangat berpotensi. Saya percaya Muzzy wajar diberi peluang untuk mengenengahkan bakatnya agar industri musik kita lebih kompetitif dan terus berkembang”, katanya menamatkan perbualan.

Muzzy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Masterchef Malaysia Terima Sambutan Positif

Drama Taj Mahal Untuk Mama Khas Hari Ibu