MUZIKON MELANCARKAN SINGLE TERBARU SERANTAU BERSAMA DiGi Mempersembahkan JELAJAH LANGSUNG GARY V di Malaysia 2011
MUZIKON, sebuah label muzik Serantau yang berpusat di Malaysia melancarkan Single terbaru Serantau, “Ayu” dengan siri jelajah yang ditaja oleh DiGi Telecommuncations Sdn Bhd (DiGi) yang menampilkan Pop Ikon Filipina, Gary Valenciano (atau lebih dikenali sebagai Gary V).
DiGi mempersembahkan Gary V LIVE in Malaysia 2011 Tour akan merangkumi two Jelajah Persembahan Ringkas di Kota Kinabalu bertempat di Horizon Hotel 12 November 2011 dan pada hari seterusnya di Kuala Lumpur yang bertempat di Wisma Fui Chiu (13 november).
Di sidang media, Richard Voon, Pengarah Pengurusan, MUZIKON berkata, “Single terbaru serantau, “Ayu” oleh Gary V, adalah kesinambungan misi kita untuk mempromosikan artis dan muzik Malaysia di seluruh rantau ASEAN. Kami mengalakkan artis ASEAN untuk meneroka pasaran antara satu sama lain dan mengalakkan mereka untuk menyanyi lagu-lagu mereka dalam bahasa yang berbeza. Kami bernasib baik kerana mempunyai Gary V, salah satu artis Filipina yang paling popular dan legenda yang masih hidup untuk mengambil bahagian di dalam misi ini.”
Gary Valenciano
Turut hadir di siaran akhbar adalah DiGi Ketua Acara, Tajaan & Pengaktifan, Pearly Lim, bersama dengan Gary V.
Menurut Pearly, “DiGi berasa teruja kerana dapat berkerjasama dengan Muzikon sekali lagi dan menawarkan pelanggan kami satu pengalaman yang tidak patut dilepaskan dengan artis Filipino yang terunggul, Gary V yang akan mengadakan persembahan live pertama di Malaysia.”
“Berdasarkan sambutan hangat yang diterima dari Jelajah Persembahan Ringkas Jed Madela dan Nikki Palikat yang ditaja oleh DiGi, ini adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa pelanggan kami akan terus menikmati pengalaman muzik yang ekslusif supaya kawan-kawan mereka berasa iri hati dengan mereka. Ini termasuk membawakan peluang-peluang kepada pelanggan kami untuk mendapatkan akses ekslusif ke sesi autograph dan sesi pertemuan & sambutan,” tambah beliau.
“Sejak perlancarannya tahun lepas, Muzikon telah melancarkan “Anugerah Cinta” oleh Noryn Aziz dan Christian Bautista di Malaysia, “Hanggang Wakas” oleh Hazami dan Kyla di Filipina dan “Antara Kita” oleh Jed Madela dan Nikki Palikat di Malaysia. “Hanggang Wakas” merupakan adaptasi lagu Bahasa Malaysia, “Tekad” yang dicipta oleh Hazami dan dinyanyikan semula dalam bahasa Tagalog bersama Kyla. Lagu ini telah dilancarkan di Fiilipina pada bulan November 2010 dan dalam masa hanya dua minggu telah mencapai No.1 di carta radio Filipina.
Projek ini merupakan yang pertama bagi Gary V sejak penglibatan beliau dalam industri hiburan, selama dua puluh lapan tahun, dua puluh tujuh album dan sebelas Anugerah AWIT (Anugerah Grammy buat Filipina) untuk Rakaman Lelaki Terbaik dipegang olehnya. Walaupun sibuk dengan kariernye sebagai penyanyi, pelakon, dan juga pengacara TV, Gary masih dapat membahagikan masanya untuk menjadi UNICEF National Ambassador of Goodwill yang pertama bagi negara Filipina (semenjak 1998). Walaupun dengan jadual yang padat, Gary V berada di Malaysia untuk mempromosikan single pertama beliau dalam Bahasa Malaysia yang ditulisnya sendiri dan berkerjasama dengan artis, komposer dan pemuzik Malaysia untuk album seterusnya yang akan dipromosikan di Malaysia dan Filipina. “Single saya yang bertajuk “Ayu” ini memberikan satu kepuasan dalam diri saya kerana ianya merupakan ciptaan pertama yang saya hasilkan dalam Bahasa Malaysia. Saya selalu teringin untuk mencuba menulis dan menyanyikan lagu di dalam bahasa yang berlainan dan Bahasa Malaysia selalu menjadi pilihan utama saya. Saya ingin berterima kasih kepada MUZIKON untuk memberi pengalaman yang baik, Sharon Paul bagi menghasilkan susunan muzik dan Fatin yang memberi lagu saya dengan nafas baru dan lirik lagu yang menyentuh di dalam Bahasa Malaysia” kata Gary V.
Tambah Gary, “Kini, ramai artis Filipina telah melawat Malaysia dan mula untuk mendalami musik Malaysia. Ini adalah konsep yang bagus, untuk kita menyanyikan lagu satu sama lain dengan bahasa yang berbeza. Ia merupakan satu penghormatan yang besar buat diri saya untuk berjumpa dan bekerjasama dengan individu berbakat besar dan berjaya sebagai pemuzik, komposer dan penyanyi di Malaysia. Saya berharap untuk memilihkan komposisi lagu Bahasa Malaysia untuk dipersembahkan bersama artis Malaysia dan melancarkannya di Filipina. Saya akan pulang semula di bulan November, dimana saya akan mempersembahkan dua persembahan ringkas besar untuk peminat saya dan melancarkan album saya pertama kalinya di Malaysia.”
Pelanggan DiGi berpeluang untuk mendapat tiket percuma ke persembahan ringkas apabila mereka mendapatkan reload antara 26 Sept hingga 13 Nov, 2011. Tiket-tiket dapat ditebus di Kedai Khusus DiGi bertempat di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur dan di Pusat DiGi bertempat di Api-Api dan 1 Borneo di Kota Kinabalu. Mereka juga akan mendapatkan poster autograf Gary apabila membelikan CallerTunes™ Gary berharga RM3.
Tambahan pula, 10 pelanggan bertuah DiGi bersama temannya akan juga mendapat peluang untuk meluangkan masa bersama Gary V di sesi minum petang selepas persembahan. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah yang akan diadakan di persembahan. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pelanggan DiGi perlu menunjukkan SMS yang mengesahkan pembelian CallerTunes™ dan mendaftar nama mereka di waktu persembahan.
Untuk dapatkan CallerTunes™ DiGi secara percuma bagi bulan pertama untuk lagu-lagu Gary V “Natutulog Ba Ang Diyos”, “Sana Maulit Muli” dan “Ayu”, hantar GV ke 2016.
Enquiries on getting tickets for the showcase call 016-6001199 (Toll Free Number)