in

Muzikal Thithikum Thai Ponggal di TV2

HIBURAN RTM KHAS PONGGAL : MUZIKAL THITHIKUM THAI PONGGAL DI TV2

Di Malaysia perayaan Ponggal tidaklah disambut secara besar-besaran namun hakikatnya perayaan ini tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja kerana pada masa kini masih ada yang menyambutnya meskipun dengan jumlah sebahagian kecil sahaja berbanding kemeriahannya yang berlangsung selama seminggu di India.

Ternyata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah gagal dalam memastikan penonton salurannya disajikan dengan program meraikan setiap sambutan perayaan yang diraikan tidak kira apa juga penganut dan kepercayaan masyarakatnya. Buktinya RTM membawakan program muzikal Thithikum Thai Ponggal pada 14 Januari 2011 (Jumaat), jam 5.00 petang di TV2.

thitikum tai ponggal2

Rancangan khas Thitikum Thai Ponggal sepanjang sejam siarannya ini memaparkan muzikal khas dan dokumentari perayaan ponggal yang disambut oleh kaum India kerana ianya adalah acara terbesar setelah perayaan Deepavali dan Thaipusam.

Pembukaan rancangan ini dimulakan oleh pengacara Brinda dengan memperkenalkan program khas ini yang disusuli paparan ringkas tentang perayaan ponggal yang diraikan selama empat hari berturut-turut oleh kaum India di Malaysia.

Brinda juga akan memberikan pengenalan kepada enam buah lagu rancak dan terbaru yang ingin dikongsi bersama penonton terutama bagi yang menyambut perayaan ini. Terdapat empat dokumentari perayaan ponggal iaitu “Boogi” yang diraikan pada hari pertama, “Thai Ponggal” pada
hari kedua manakala “Mattu Ponggal” pada hari ketiga dan “ Kanni Ponggal” pada hari keempat.

Program ini memberi peluang kepada penonton untuk menghayati gerak tari daripada lebih 40 orang penari. Bukan itu sahaja malah penonton bakal dihiburkan dengan gemersik suara daripada lapan orang penyanyi artis India tempatan yang popular di Malaysia.

Menariknya sesuai dengan pendekatan 1Malaysia, program ini juga turut diselitkan dengan bingkisan ucapan oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dalam berkongsi kemeriahan perayaan ini.

Sesuatu yang mengujakan untuk dihidangkan kepada penonton kerana program ini berlatarkan destinasi-destinasi menarik penggambaran program ini termasuklah di Kuala Selangor, FRIM (Kepong), Ulu Yam, Port Dickson, Putrajaya dan beberapa lagi lokasi menarik.

Justeru kongsikan kemeriahan dan menikmati hiburan unik yang dihidangkan RTM meraikan perayaan Ponggal ini menerusi program Muzikal Thithikum Thai Ponggal pada 14 Januari 2011 (Jumaat), jam 5.00 petang di TV2.

thitikum tai ponggal1

thitikum tai ponggal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Duta Produk Transformasi DASHING

Pelancaran Album DJ Fuzz Siri Mixtape Mixology 3