in ,

Muzikal S.Y.O.K Minggu Ini Undang Sepah Dan Dina Nadzir

Muzikal S.Y.O.K Minggu Ini Undang Sepah Dan Dina Nadzir Di TV1

Seorang majikan memerlukan komitmen besar daripada pekerja mereka dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Justeru seorang pekerja itu perlu rajin dan berusaha gigih dalam mencapai kejayaan. Malah mereka sepatutnya tidak mudah berputus asa dan merungut tidak tentu hala kerana jika berlaku sesuatu kerana ianya mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Begitu juga halnya dalam diri seorang majikan. Mereka sepatutnya menimbang tara prestasi kakitangan bawahan secara waras tanpa ada sebarang unsur pilih kasih yang hakikanya mampu mengundang kepada tindakan merendahkan moral mereka. Keuntungan harus dibagi sama rata antaranya dengan memeberikan bonus kepada pekerja yang bertungkus-lumus menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Menampilkan tajuk Bonus yang berkongsi kisah kepentingan antara majikan dengan pekerja dan begitu juga sebaliknya, Muzikal S.Y.O.K pada minggu ini, 15 Julai (Jumaat), jam 9.00 malam menerusi TV1 yang turut dimeriahkan dengan kemunculan Jepp dan Mamat Sepah juga penyanyi Dina Nadzir pastinya lebih menggeletek penonton dengan lawak bersahaja pelawak-pelawak terkenal tanah air yang lain antaranya Harun Salim Bachik, Apek dan Abon.

Babak mengisi episod ini memaparkan situasi berlaku dalam pejabat Aur Emas Sdn Bhd yang sekali meninjau ragam antara majikan dengan pekerja. Perniagaan Fazli lakonan Harun Salim Bachik semakin berkembang dengan kehadiran rakan niaga barunya, Azhar yang dilakonkan oleh Abon.

Tetapi pada masa yang sama konflik berlaku apabila timbul rasa tidak puas hati Fazli terhadap pekerjanya sehingga membangkitkan rasa marah yang meluap-luap. Situasi itu kemudiannya tanpa diduga menimbulkan rasa tidak senang hati pekerjanya hingga ada yang merajuk dan mahu berhenti kerja.

Lagu yang diselitkan dalam episod ini termasuklah Sekadar di Pinggiran, Pilihlah Aku Alvin, Selamat Pengantin Baru dan Joget Sayang di Sayang.
Sitkom muzikal S.Y.O.K selama sejam diterbitkan dalam 15 siri ini mempunyai tema berbeza-beza pada setiap minggu. Pada masa sama program ini dilihat sebagai salah satu cara RTM menyampaikan mesej dan dasar kerajaan melalui selitan unsur komedi yang berunsurkan nasihat.

Pendekatan ini lebih berkesan kerana ia dilakukan secara santai di samping mengetengahkan gabungan pelakon komedi lama dan baru yang dilihat mampu menarik lebih ramai penonton menyaksikan siri hasil skrip oleh Ahmad Zainuddin Abdullah itu. Apatahlagi mereka sememanngnya mempunyai gaya dan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej masing-masing.

Nyata kelainan cuba ditonjolkan menerusi sitkom ini yang telah menjalani proses rakamannya bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan, baru-baru ini di mana setiap siri ia akan dilakonkan dengan watak yang berbeza bergantung kepada tema ditetapkan. Malah sitkom komedi ini berbeza dengan cara konvensional yang biasanya disampaikan kepada penonton menerusi gerakan tubuh dan cara pertuturan. Sebaliknya menerusi S.Y.O.K, ia menerapkan elemen muzik dalam menyampaikan mesej yang tersirat.

Program S.Y.O.K diterbitkan oleh Nor Khuzaimah Abd. Aziz (Unit Hiburan TV RTM).

Apek dan Mamat dengan telatah mereka

Sepah dengan lawak yang tersendiri

_RTM7372

babak menarik tajuk Bonus

_RTM7445

mencuit hati ... antara babak manarik Bonus

_RTM7554

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia A Big Thank You Sale

Remy Ishak Duta Dashing Lancar Wangian Terbaru BOLD & EDGE