Astro membawakan persembahan muzikal Pinkfong Baby Shark secara langsung
Jualan tiket bermula bulan Julai ini, dan muzikal bakal berlangsung pada bulan September
Bersedialah untuk menyanyi dan menari bersama-sama Pinkfong dan Baby Shark. Set muzikal berdurasi 65-minit itu bakal berlangsung dari 8 September sehingga 16 September di Dewan Plenary, KLCC. Malaysia merupakan negara pertama di luar Korea untuk membawakan persembahan muzikal Pinkfong Baby Shark secara langsung, selain membawakan barisan pelakon dan krew-krew asal mereka untuk persembahkan yang dinanti-nantikan itu.
Harga tiket ditetapkan pada RM88, RM138 dan RM228. Para peminat boleh menikmati diskaun jualan awal dari 7 hingga 22 Julai. Diskaun diberikan sebanyak 20% untuk pelanggan Astro, manakala 15% bagi pelanggan biasa. Layari www.astrocircle.com.my untuk maklumat lanjut. Tiket boleh didapati seperti berikut:
1. 7 – 8 Julai (10am-9pm) di Pavilion Kuala Lumpur.
2. Bermula 9 Julai, melalui hotline TicketCharge (03-9222 8811), jualan langsung di kedai-kedai yang dilantik TicketCharge dan juga jualan secara dala talian melalui laman sesawang pinkfong.com/musicalmalaysia2018.
Peminat-peminat Pinkfong dan Baby Shark boleh bertemu dengan kedua-dua maskot tersebut di acara lapangan bertempat di Pavilion pada 6 Julai dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi nyanyian dan tarian bersama-sama Pinkfong dan Baby Shark, dan permainan menanti anda sekeluarga.
SmartStudy merupakan syarikat hiburan global yang membawakan jenama kanak-kanak popular, Pinkfong. Melalui PInkfong, syarikat itu telah menghasilkan lebih dari 4000 lagu dan cereka yang boleh dinikmati oleh peminat di seluruh dunia. Lagu Pinkfong “Baby Shark” khususnya, telahpun menjadi fenomena antarabangsa selepas ia tular dan meraih lebih 2 billion tatapan dalam talian.
Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan muzik, jadual dan promosi, log masuk ke pinkfong.com/musicalmalaysia2018.