in

Lagu Terbaru Work Bitch Britney Spears Bocor di Internet

Aduyai, kesian betul Budiey tengok nasib yang menimpa penyanyi Britney Spears ni. Kalau di Malaysia, kita kecoh dengan filem KL Gangster 2 yang dah bocor di internet, tapi di Hollywood, single lagu terbaru Britney Spears berjudul Work Bitch sudah disebarkan di laman sosial sehari sebelum pelancarannya. Naya betul!

Melalui akaun Twitternya, Britney mengaku melihat video Work Bitch dengan kualiti rendah sudah bertebaran di Internet.

Budiey pun tak pasti la kat mana silapnya. Mungkin ada orang yang nak sabotaj Britney Spears, atau pun penyanyi seksi ni sengaja nak bikin kontroversi kot, pun boleh jadi juga. Dengarnya, Britney Spears sangat frust dan kecewa giler bila dapat tahu tentang hal ini. Nasib baik la sehari sebelum pelancaran, kan?

Takde la suprise lagi. Dengarnya, album terbaru Britney Spears mendapat sentuhan ramai pemuzik terkenal. Album yang ke-8 ini juga akan menjadi hangat dan peminat dah tak sabar nak beli dan dengar. Antara pemuzik yang terlibat ialah Will.i.am, Sebastian Ingrosso dari Swedish House Mafia, Otto Jettman, Ruth-Anne Cunningham dan Anthony Preston.

Britney Spears merancang untuk melancarkan album yang belum ada judul ini pada bulan Disember ini. Kali terakhir Britney buat album ialah pada tahun 2011 berjudul Femme Fetale pada usianya 31 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MonoloQue & Siti Nurhaliza Tanah Airku Tanah Airmu Jua

Anuar Zain Tak Kisah Tak Ada Anak?