Setelah berjaya melonjakkan nama dengan lagu ‘Tepi Sikit’, kini SleeQ hadir pula dengan single terbaru yang semakin mendapat sambutan hangat yang berjudul ‘#1’. Jika sebelum ini lagu ‘Tepi Sikit’ mengisahkan tentang perasaan tidak puas hati kepada seseorang. Kini lagu ‘#1’ mengisahkan tentang perasaan cinta dan sayang yang bukan hanya ditujukan kepada kekasih, tetapi pada apa saja yang menjadi nombor 1 di dalam hati termasuklah keluarga.
Muzik video ‘#1’ juga sudah berada di YouTube pada 19 Ogos 2015 dan dalam jangka seminggu sahaja telah mencecah melebihi 20 ribu tontonan.
Lagu dan lirik bagi lagu ‘#1’ ini telah dicipta sepenuhnya oleh Alif dan Syarif sendiri. Lagu yang berentak hip-hop & R&B ini mampu menjadikan pendengar berasa ceria dan senang untuk mengikuti rentak lagu ini. SleeQ berharap bahawa lagu “#1’ boleh memberi satu semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengarnya.
Matlamat SleeQ adalah untuk berkongsi dan menyebarkan muzik dan lagu mereka kepada orang ramai. Berpegang teguh dengan pendirian mereka, SleeQ tidak mahu gagal dari segi menjaga kualiti dan taraf lagu mereka, dan tidak lupa juga untuk membawa diri mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. SleeQ juga mahu dikenali sebagai kumpulan yang mempertaruhkan irama pop, hip-hop, R&B dan menjadi penghibur yang disegani di Malaysia dan Singapura.
Lagu “#1†oleh SleeQ ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.
Dan kini, teristimewa untuk semua peminat SleeQ dan juga Sleeqmovement, muzik video yang dinanti-nantikan iaitu “#1†nyanyian SLEEQ sudah pun berada di YouTube Warner Music Malaysia.