in ,

Rahsia & Simbolik dalam Muzik Video SEJATI Faizal Tahir

Akhirnya, lagu ‘Sejati’ yang memenangi kategori lagu terbaik dan lagu pop terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM 22) pada tahun lepas, secara rasminya telah memuat naik muzik video ‘Sejati’ di Youtube pada tanggal 18 Januari 2017, arahan Khairul Hezman, dan tenaga produksi dari ‘Faithworks’.

Muzik video yang berkonsepkan drama realiti ini, menceritakan tentang realiti kehidupan pada masa kini yang hanya mementingkan darjat, pangkat dan paras rupa semata-mata dari agama. Sebuah muzik video yang penuh dengan nilai-nilai murni dan pengajaran yang amat bermakna untuk dijadikan contoh dan tauladan untuk kehidupan seharian.

YouTube link: https://youtu.be/dh0oX8661qQ

Mesej yang cuba disampaikan begitu jelas bahawa manusia zaman ini, hanya menilai seseorang dari luaran tanpa mengetahui latar belakang dan niat mereka yang sebenar. Penggambaran muzik video ini berlaku disekitar lembah Klang dan memakan masa selama tiga hari. Manakala, lirik yang penuh bermakna ini ditulis oleh Faizal Tahir sendiri bersama Mike Chan.

Khas buat peminat Faizal Tahir lagu ‘Sejati’ keluaran Warner Music (M) Sdn Bhd, ini boleh dimuat turun menerusi digital platform: Apple Music, iTunes, Spotify, Yonder , JOOX dan KKBOX.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syurga ‘Ready To Wear’ BOHARI Kini Di Buka di Sunway Putra Mall

Fitbit Lancar Aplikasi Fitstar Personal Trainer