Budiey kira, lagu “Kalau Aku Kaya” – telah menjadi suatu fenomena dan siulan orang ramai pada masa kini dan merupakan sebuah lagu yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik.
Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar dari mula hinggalah ke minit yang terakhir. Pembawakan Awi Rafael dan Altimet di dalam lagu ini tampak begitu bersahaja dan mereka berdua juga kedengaran sangat serasi seperti telah lama berkolaberasi.
Lagu “Kalau Aku Kaya” ini merupakan hasil ciptaan bersama sepenuhnya oleh Audi Mok dan Omar K manakala liriknya pula ditulis oleh Altimet sendiri.
Jika sebelum ini kita sering melihat muzik video “Kalau Aku Kaya” di YouTube, muzik video tersebut merupakan muzik video lirik sahaja dan kini muzik video rasmi “Kalau Aku Kaya” sudah dirilis di YouTube. Ini merupakan pautan untuk muzik video tersebut: http://youtu.be/E5z5jSgI_0Y
Apa pendapat korang tentang muzik video ini?