Nawi, merupakan rapper yang berasal dari Pulau Pinang dan juga merupakan salah seorang anggota dari kumpulan ZeroPoint.0 yang turut dianggotai oleh Shazet dan DJ Anowl. Mula aktif dalam bidang muzik Hip Hop sejak tahun 2008 dan sering membuat persembahan sekitar Pulau Pinang.
Berbekalkan pengalaman yang ada, dia telah mengorak langkah mencipta nama dalam industry muziknya di Kuala Lumpur. Semasa menjuarai Liga Rap Battle Melayu (Raising The Bar) yang disertainya secara solo, dia telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Tripdisz, seorang penerbit Hip Hop terkemuka untuk menghasilkan sebuah single. Buat masa ini, dia di dalam proses bagi mempromosikan single tersebut secara giat serta mencari idea-idea baru untuk dimuatkan di dalam album sulungnya yang sedang dalam proses pembikinan.
Mengenai Lagu Penghujung:
Lagu ‘Penghujung’ ini diterbitkan oleh Tripdisz; yang juga merupakan penerbit/penggubah lagu bagi lagu-lagu yang tidak asing lagi di kalangan pengemar muzik tahanair seperti ‘Aku Maafkan Kamu’ – Malique / Jamal Abdillah, ‘Teman Pengganti’ – Malique / Black, ‘Bawaku Pergi’ – Zizan / Kaka dan lain-lain lagi. Lagu ini juga dinyanyikan secara kolaborasi bersama Frequensi dari kumpulan NtahSape2Ntah dan Lady D yang pernah popular dengan lagu ‘B.O.M.O.H’ dari album Too Phat dan ‘Everything Changes’ daripada Poetic Ammo. Suntingan dan adunan lagu ini dilakukan oleh Al-Z di IBP Studio serta proses suntingan adunan ‘mastering’ dilakukan oleh seorang engineer audio lagenda yang dikenali ramai artis serta ahli muzik tanahair khasnya, iaitu CL Toh. Lirik lagu, idea dan konsep asal ditulis oleh Nawi sendiri dan lirik tambahan ditulis oleh Lady D dan Frequensi.
Lirik Lagu Penghujung Nawi featuring Frequensi & Lady D
(Intro: Frequensi)
Walau berombak di laut, akan ku teruskan mendayung
Harapkan bunga mekar, kini layu di hujung tanjung
(Verse 1: Nawi)
Mulut mungkin berat tapi hati ingin berkata
Lidah mungkin terkelu tapi jiwa yang merasa
Siapa sangka dan tak siapa boleh jangka
Gelora yang berkocak goyah bak redah samudra
Apa yang di pinta? apa yang di cinta?
Mimpi yang melanda realitinya di hina
Bagai menatang minyak yang penuh tapi ia dituang
Bagai diambil madu tapi sepahnya yang di buang
Bila dipercaya banyak yang mendusta
Bicara berjanji tak pernah setia
Lahir fahaman atas dasar lain pandangan
Tukar fikiran sampai yang lain tukar peranan
Situasi tekanan buat hilang pegangan
Yang kekal kaca yang permata kehilangan
Cukup sudah beban derita yang ditanggung
Kini sampai saat untuk tamat di penghujung
(Chorus: Frequensi)
Walau berombak di laut, akan ku teruskan mendayung
Harapkan bunga mekar, kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa, pahitnya ku yang tanggung
Harapkan semuan bermula, tapi tamat di penghujung
(Verse 2: Nawi)
Siapa mengalah? dan siapa yang patut disalahkan?
Diri yang paksa terlebih memberi harapan?
Pengorbanan di lebur hancur seribu impian
Hanya lafaz akhir yang menjadi kenyataan
Tiada deringan dan tiada ucapan
Tiada ganti untuk jadi kesempurnaan
Makin jauh berlari pilu yang berkerjaran
Hari kian suram menutup punca sinaran
Pitisan air mata untuk rindu yang dahaga
Nilai jujur kini sudah lagi tak berharga
Kasih di kenangkan tiada pengorbanan
Kala dulu keriangan kini kesedihan
Luka membelah diam kesakitan
Banyak yang di harapkan telah dihampakan
Tiada lagi cinta agung yang dapat disanjung
Kini sampai saat untuk tamat di penghujung
(Chorus: Frequensi)
Walau berombak di laut, akan ku teruskan mendayung
Harapkan bunga mekar, kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa, pahitnya ku yang tanggung
Harapkan semua bermula, tapi tamat di penghujung
(Verse 3: Nawi)
Cukup sudah ku beralah walau tiada yang memaksa
Kini ku sedar siapa aku kita berbeza
Frasa-frasa cinta tak lagi bermakna
Fasa-fasa hiba mungkin bakal menjelma
Lupakan kenangan tiada yang diungkit
Huraikan jiwa tiada lagi yang rumit
Luas atau sempit ruang hati dah parah
Penghujung dah tiba masa untuk berpisah
(Bridge: Lady D)
Apa kesudahannya kisah cinta ini
Mana lagi harus ku bawa realiti
Seribu impian hilang tujuan nya
Perjalan kita kini di penghujungnya
(Chorus: Frequensi)
Walau berombak di laut, akan ku teruskan mendayung
Harapkan bunga mekar, kini layu di hujung tanjung
Walau manisnya rasa, pahitnya ku yang tanggung
Harapkan semuanya bermula, tapi tamat di penghujung
Request di Hot FM http://bit.ly/SKu8OC
Request di Era FM http://bit.ly/QONs9z
Request di Suria FM http://bit.ly/R9jyPk
Request di KL FM http://bit.ly/R9jVcH
Request di Selangor FM http://bit.ly/cPXWnI
Request di KL Pop Radio http://bit.ly/SKwcWV