Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 dari penyanyi Lynnzay Affandy baru sahaja dilancarkan.
JEJAKA IDAMAN 2.0
 Artis : Lynnzay Affandy
Komposer : Amylea Azizan / Fauzi Marzuki
(original composer)
Produser : DJ Fuzz / Amylea Azizan Penggubah Muzik : DJ Fuzz
Mix & Mastered oleh : Illegal (Choy)
Lokasi Rakaman : Beat Kitchen, Solaris Mont Kiara Original singer on 1986 : Raja Ema
‘Jejaka Idaman’ adalah lagu popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi pop,Raja Ema pada tahun 1986. Di olah semula oleh Lynnzay A. dengan versi yang lebih urban bersama unsur muzik yang lebih trendy dan di gemari generasi muda seperti ‘pop dance’ dan sedikit unsur ‘dubstep’.
Lynnzay A. ataupun Lynnzay Affandy adalah bekas ahli kumpulan di bawah syarikat pengurusan Reshmonu yang digelar ‘Senoritas’ yang sudah berpecah beberapa bulan lepas.
Lynnzay menyambung kerjayanya sebagai wartawan untuk surat khabar politik dan terus bergerak maju menghasilkan single pertamanya dan ingin memperkenalkan ‘style’ sebenar muzik nya ke mata Malaysia.
Bersama kekuatan yang di perolehi Stacy Angie dan MizzNina,Lynnzay juga berkebolehan menari dengan bagus di samping menyanyi.Lynnzay juga menulis lagu sendiri dan dikhabarkan lagu-lagu seterusnya yang akan di terbitkan adalah hasil karyanya sendiri.
Tetapi dengan bantuan daripada mereka yang lebih arif seperti DJ Fuzz dan Amylea Azizan,Lynnzay telah memulakan langkah pertama dengan memberikan idea untuk menyanyikan semula lagu ‘Jejaka Idaman’.
Di tulis asalnya oleh Fauzi Marzuki, di tambah lirik dan melodi baru oleh Amylea Azizan,penyanyi yang sedang berjinak-jinak dalam penulisan lagu semula setelah berehat beberapa lama dalam bidang nyanyian.Untuk kesinambungan lirik Fauzi Marzuki, Amylea telah berjaya menghasilkan lirik yang sedikit puitis tetapi sesuai dengan rentak dan irama baru yang telah di hasilkan oleh Amylea juga.Manakala susunan muziknya pula dihasilkan oleh nama yang tidak asing lagi dalam dunia urban, iaitu DJ Fuzz. DJ Fuzz memasukkan elemen terbaru ke dalam susunan muzik untuk versi baru lagu ini dan membuatkan ianya lebih sesuai untuk imej dan gaya Lynnzay A.
Lynnzay A. telah memilih Juzzthin sebagai rapper yang menyanyi di bahagian klimaks lagu ini.Juzzthin lebih di kenali sebagai salah seorang pelakon utama di dalam drama bersiri kegemaran remaja iaitu ‘Projek Pop’ yang di tayangkan di TV8 dan juga ‘Waktu Rehat’ untuk tayangan Disney Malaysia di Astro.
Bersama pengalaman sebagai rapper dan penyanyi hiphop underground,Juzzthin di berikan kepercayaan untuk menulis sendiri liriknya dan ini adalah kali pertama dia rap berBahasa Melayu.Ternyata penyampaiannya adalah unik dan Lynnzay A. berpuas hati.
Maka dengan ini,terhasillah versi baru lagu ini yang telah di beri tajuk ‘JEJAKA IDAMAN 2.0’ bersama penghasilan muzik video yang bakal di riliskan juga tidak lama lagi yang di tujukan khas buat peminat ‘dance music’ serta ‘dubstep’.