Big Hit Entertainment memberitahu, Blood Sweat & Tears iaitu lagu yang terkandung dalam album penuh kedua kumpulan berkenaan, Wings, mencapai angka itu di YouTube pada jam 5 pagi Jumaat. Ia menjadi video muzik ketujuh BTS yang mendapat jumlah tontonan popular di laman penstriman video dunia, menjejaki DNA, Boy With Luv, Fake Love, Fire dan dua lagu lain.
Sejak dilancarkan pada Oktober 2016, Blood Sweat & Tears menerima populariti meluas, kerana menggambarkan konflik serta perkembangan remaja terhadap rentak dan irama Moombahton.
Album Wings menduduki tempat ke-26 di carta album utama Billboard 200, pada masa itu, yang juga kedudukan tertinggi pernah dicapai artis Korea Selatan untuk carta itu. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA