SIDANG MEDIA MUZIK MUZIK 26: PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Muzik Muzik merupakan sebuah program hiburan terulung di TV3 yang memaparkan carta lagu tempatan yang bertanding pada setiap minggu. Antara visi utama program ini adalah untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu.
Memasuki tahun yang ke-26, Muzik Muzik bakal menyaksikan persaingan hebat untuk menentukan lagu-lagu terbaik tahun 2011 pada peringkat separuh akhir. 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Jumaat jam 9.00malam bermula 11 hingga 25 Novermber 2011.
Satu sesi pengumuman dan undian akan diadakan bagi menentukan giliran persembahan 30 buah lagu yang bertanding. Antara nama-nama yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir termasuklah Yuna, Faizal Tahir, Adira, Hafiz dan Stacy, Salma, Tomok, Meet Uncle Hussein, Najwa Latif, Atilia & Monoloque dan ramai lagi.
Selamat maju jaya buat semua finalis peringkat separuh akhir Muzik-Muzik
Stacy
Faizal Tahir
Najwa Latif
Yuna