Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon dan penyanyi Erra Fazira bernikah dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. Diva AA mendakwa dakwaan itu mustahil berlaku.
Kata Diva AA lagi, tidak mungkin artis segah Erra Fazira akan memilih seseorang seperti Azumu berserta kata-kata cacian buat mereka menyebarkan dakwaan berkenaan.
Terdahulu, Erran dan Faizul Azumu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia hanyalah sebagai fitnah semata-mata.
Malah, Erra turut menjelaskan bahawa status dirinya masih lagi ibu tunggal serta meminta doakan agar dia dipertemukan jodoh satu hari nanti.