Jenama telekung nombor satu Malaysia, Siti Khadijah sentiasa mengambil inisiatif untuk memperkenalkan telekung di serata dunia.
Terbaru, wakil Siti Khadijah telah mengunjungi Masjid El Noor di Rosarito, Mexico dan menyampaikan 20 helai telekung wakaf untuk kegunaan jemaah wanita yang kebanyakannya adalah wanita Latin tempatan.
Objektif wakaf telekung di negara luar Nusantara adalah untuk memperkenalkan betapa mudahnya beribadah dengan pemakaian telekung.
“Ia memberi senyuman setiap kali telekung disarung dan betapa mereka teruja kerana ia selesa dan menutup aurat secara keseluruhan. Selain itu, sesi kunjungan seperti ini juga mengeratkan silaturahim sesama ummah walau berlainan bangsa, bahasa dan negara,†kata Zura Ahmad yang mewakili Siti Khadijah.
“Saya gembira apabila dapat mempelajari cara pemakaian Muslimah yang lengkap dan memudahkan untuk solat,†kata Tina Guerrero yang baru sahaja memeluk Islam beberapa bulan lalu.
“Kini seramai 200 umat Islam tinggal di sekitar Rosarito dan jumlah warga tempatan yang memeluk Islam semakin hari semakin bertambah,†kongsi Parvez Haque, Pengasas Masjid El Noor.
Masjid yang turut dijadikan Pusat Islam dan Pusat Terapi Alternatif ini diusahakan oleh Parvez secara individu dan ia antara masjid paling aktif di Mexico.
Promosi “Hari Gajiâ€
Sedang berlangsung SK PayDay Promotion sehingga 31 Oktober 2018. Pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk koleksi telekung terpilih melalui pembelian di butik Siti Khadijah dan secara online di www.sitikhadijah.com.
Telekung Siti Khadijah yang berkualiti premium dijual pada harga dari RM139 – RM287.
“Follow†di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan
“Like†Facebook Telekung Siti Khadijah.