in ,

Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode

APLIKASI terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini?

Dilaporkan Amerika Syarikat menggunakan dua data stream yang berbeza iaitu Babel Street dan X-Mode bagi tujuan pengumpulan data lokasi.

Menurut laporan RT.com, “Tentera Amerika Syarikat membeli data pergerakan terperinci individu dari seluruh dunia yang diambil daripada aplikasi yang kelihatan tidak berbahaya.” Joseph Cox, VICE Motherhood. 

Secara khusus, salah satu pembeli adalah Komando Operasi Khas Amerika Syarikat (USSCOM) yang berurusan dengan pemberontakan, anti-keganasan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia. 

Aplikasi Muslim Pro adalah aplikasi peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Kota Makkah. 

Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode

Terkini, pihak pembangun Muslim Pro telah tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu penjualan data kepada tentera Amerika Syarikat.

Menurut mereka, laporan mengenai penjualan data tersebut adalah tidak benar dan mereka sangat komited dalam menjaga maklumat dan privasi pengguna mereka.

Sehubungan dengan itu, mereka telah memutuskan hubungan dengan perniagaan bersama X-Mode serta merta. Melalui kenyataan rasmi itu juga, didapati hubungan antara Muslim Pro dan X-Mode telah dimulakan sejak dari 4 minggu lalu.

Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode

Yang mana jika anda mahir dalam selok belok dunia IT atau lebih tepat pangkalan data, 4 minggu itu adalah lebih dari cukup untuk mencedok data yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Kenyataan rasmi ini tidaklah menafikan 100% isu yang terjadi disebabkan mereka secara tidak langsung mengakui hubungan perniagaan dengan pihak X-Mode.

Untuk makluman, X-Mode merupakan sebuah broker data iaitu syarikat pengumpul dan pembekal data. Jadi penjualan data adalah merupakan salah satu modal bisnes yang dilakukan.

Persoalannya sekarang adalah, mengapa Muslim Pro mahu berurusniaga dengan X-Mode? 

Untuk pengetahuan, aplikasi ini juga menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.

Rata-rata umat Islam telah memadamkan aplikasi Muslim Pro berikutan berita penjualan data lokasi ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MULUT MASIN Filem Pertama Terbitan Astro Shaw Untuk Tontonan di Astro First

Pengilang iPhone 12 Terpaksa Bekerja Lebih Masa Bagi Mencapai Permintaan Tinggi