Misi TV9 dan HotFM dalam mendekatkan diri dengan penonton dan pendengar setia kami akhirnya berjaya! Ini dapat dibuktikan menerusi Konfrontasi Terakhir Versus Musim kedua baru-baru ini yang telah menjadi bualan hangat di seluruh negara dan juga luar negara menerusi laman sosial media.
Musim kedua ini, Versus telah mengungguli laman sosial media dengan memperolehi 1 bilion capaian (impressions) dan 120,000 tweets oleh penyumbang sosial media (contributors), sejak mula disiarkan pada 1 April sehingga 3 Jun 2013 (source:Topsy.com). Pencapaian yang diraih adalah dua kali ganda daripada musim pertama iaitu setengah bilion capaian sahaja berbanding dengan musim kedua.
Lebih membanggakan lagi apabila Versus kali ini telah menjadi trending nombor 3 pada episod keenam dan merangkul takhta trending nombor 1 di Malaysia pada malam Konfrontasi Terakhir Versus Musim Kedua!
Laman web rasmi Versus Musim Kedua www.tv9.com.my/versus telah mencapai jumlah angka 67,000 pageviews untuk musim ini. Malahan, siaran ulangan atau catchup turut mendapat sambutan hangat dengan capaian sebanyak 62,000 tontonan selama 9 minggu disiarkan di laman www.tonton.com.my.
Pada malam Konfrontasi Terakhir Versus Musim Kedua ini, Space U8 Shah Alam telah dibanjiri lebih daripada 8,000 penonton dan peminat setia Versus sejak jam 6.00 petang. Kesemua mereka menunjukkan sokongan padu kepada lima band yang telah mempersembahkan kreativiti mereka di atas pentas. Tepukan paling gemuruh diterima daripada penonton yang hadir ketika Manifesto dinobatkan sebagai Juara dan mengalahkan Kyoto Protocol. Walaupun konsert sudah berakhir, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga ada yang menunggu di luar pintu bilik sidang media. Hasrat mereka hanya satu, mengucapkan tahniah secara peribadi kepada lima bands yang telah berentap dan bergambar dengan mereka.
Hadir dengan pakej lengkap penuh keunikan, projek band yang diberi nama Manifesto telah berjaya mendominasi konsert final dengan pelbagai elemen kreatif dalam persembahan mereka, sekaligus merangkul gelaran band paling kreatif di pentas Versus. Undian pada malam itu sungguh sengit di mana Manifesto berjaya meraih undian sebanyak 58% menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) sementara Kyoto Protocol sebanyak 42%. Jumlah penonton juga melonjak kepada satu juta penonton untuk kedua-dua stesen Media Prima Berhad iaitu TV9 dan TV3.
Walaupun Kyoto Protocol mendapat kedudukan kedua, mereka berasa amat bangga kerana mereka yang hanya dikenali sebagai band indie berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan Estranged, Kristal dan Oh Chentaku.