in ,

Musim Baharu “Agrotek” Lebih Inovasi Terkini

Saksikan lebih lagi kisah perkongsian inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pertanian melalui kejayaan usahawan, pengusaha dan pengamal pertanian negara ini menerusi program “Agrotek” musim terbaharu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 6 Julai lalu.

Menampilkan hos Faisal Ahmad, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM ini juga berkongsi informasi berkaitan pertanian, industri asas tani, perikanan dan penternakan menemui penonton setiap Sabtu, pukul 6.00 petang di TV1.

Menerusi tiga segmen iaitu Inovasi, Agrojaya, dan Lestari Agro, program ini turut meninjau usaha, bantuan dan kemudahan yang disediakan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pertanian dalam usaha membantu menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor ekonomi itu ke arah merealisasikan matlamat “Makanan Kita Masa Depan Kita”. 

poster Agrotek

Saksikan perkongsian menarik tajuk “Warna Getah & Buah Tin” pada 13 Julai ini yang memaparkan inovasi warna getah telah dijalankan oleh penyelidik dari Lembaga Getah Malaysia. Pastinya tiada siapa sangka susu getah boleh dijadikan warna yang bersifat mesra alam. Namun penghasilannya perlu melalui beberapa proses penyelidikan dan formulasi dilakukan penyelidik yang pakar dalam bidang ini.

Sementara itu episod sama turut menyiarkan paparan tentang buah tin yang terkenal dengan pelbagai khasiat. Hos menemubual usahawan wanita yang mendapat pendidikan formal sebagai arkitek dan berjaya dalam bidang diceburinya. Namun kini beliau telah menjadi bergelar usahawan pertanian yang berjaya. 

Hos..Faisal Ahmad bergambar bersama penerbit Arnie Arapa dan kru penerbitan

Berkongsi aspirasi dirinya di mana usaha beliau untuk mengembangkan pertanian dan berkongsi khasiat buah tin dengan semua rakyat Malaysia.  

Pada 6 Julai lalu, program ini memaparkan tentang teknologi lampu LED di dalam kilang tanaman yang dibangunkan oleh MARDI dengan kerjasama syarikat Impressive Edge Group Berhad, Melaka. Selain itu, mengetengahkan kisah kejayaan seorang usahawan wanita di dalam bidang penternakan ayam organik selama 20 tahun dan berjaya memasarkannya ke restoran dan pasaraya ternama. Turut diselitkan dengan informasi berguna tentang penyakit tanaman dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Ikuti banyak lagi informasi berkaitan inovasi pertanian dan aspirasi kejayaan usahawan negara kita dalam program ini di TV1. 

Program ini diterbitkan oleh Arnie Arapa, Ahmad Faizal Mohamad Said, Norsafaliza Md Yatim dan Hafizah Rosli, Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM.

hos dan kru program

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dennis Lau & Friends Deliver An Epic World-Class Performance at THE CHOSEN CONCERT

Usop Tampil Single Terbaharu SELAMANYA Sambungan Kisah AKU YANG BERSALAH