in , ,

Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd Sambut Ulangtahun Ke-10 Tahun

Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain

Kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, menambahkan kegusaran di kalangan masyarakat Islam dalam memilih agensi yang boleh dipercayai, berpengalaman dan memberikan perkhidmatan terbaik. 

Isu kenaikan harga menyebabkan ramai bakal jemaah terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan. 

Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan menjadi antara faktor utama syarikat itu berjaya membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun. 

Pengarah Urusannya, Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata pihaknya sentiasa cakna dengan aduan pelanggan walaupun perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang. Beliau ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam. 

Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd Sambut Ulangtahun Ke-10 Tahun

“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius” 
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan. 
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah. 
Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia,”

– Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan
Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd Sambut Ulangtahun Ke-10 Tahun

Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain. 

Muhammad Mursyid turut memberikan penghargaan kepada isterinya, Hajah Intan Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan. 

“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja dia ada pandangan jauh dan bernas untuk kembangkan bisnes, tapi dia juga tahu untuk jadikan visi dan misi kami kenyataan bersama-sama pasukan Mursyid Alharamain,”

– Haji Muhammad Mursyid Abu Hassanmnn w

Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik COVID-19, Muhammad Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama ini setia jatuh bangun bersama MATTSB. 

“Masa tu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami, dan kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah kami kekalkan mereka sehingga sekarang. 
“Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd. 

– Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan
Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd Sambut Ulangtahun Ke-10 Tahun

Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahan, malah berjaya melepasi dugaan pandemik COVID-19, Muhammad Mursyid berkata pada awal perniagaan sehingga sekarang, MATTSB menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’ 

“Dari dulu kami tawarkan 5 kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah. Kami juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti, serta mutawif berpengalaman. 
“Alhamdulillah, kepercayaan dan kepuasan hati pelanggan meningkat membuatkan mereka tertunggu-tunggu pakej umrah kami setiap tahun. Malah ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan kami dan ada pula yang jadi rakan bisnes kami, bersama-sama bantu perkasakan Mursyid Alharamain.” 
“Pelanggan kami ni baik sangat, sampai ada yang jumpa kami semata-mata nak bagi beberapa peluang untuk naikkan lagi prestasi syarikat. Kami terharu sungguh,”

– Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan

Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10 MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort. 

“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain. Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,”

– – Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan

MATTSB juga menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana kita ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk menyertai peraduan pakej umrah percuma, boleh hubungi +60 11 1609 5176. 

MURSYID ALHARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN BHD LAMAN WEB: https://mursyidalharamain.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Secret Recipe Universal Music Malaysia

Secret Recipe Berkongsi Pentas Dengan Universal Music Malaysia

Létape Malaysia Tour De France Kembali Warnai Desaru Coast Pada 7-8 Julai