Introduksi 1:
“Burung apa tu ayah?” Tanya anak sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah seekor burung.
“Burung Murai, nak…” jawab si ayah dengan nada penuh dengan kasih sayang sambil senyumnya manis melirik…
“Burung apa?” Soalan anak masih lagi sama tetapi kali ini tinggi sedikit nadanya.
“Burung Murai…” Si ayah seolah tidak jemu dengan pertanyaan anaknya… ditanya lagi soalan sama berulang-ulang.
Mmm… saya tertanya-tanya, mengapa burung murai.. kenapa tidak burung ciak atau burung merpati? Huhuhu…
===
Introduksi 2:
Ketika sibuk memilih baju T di butik Key Ng, Isetan, peti SMS saya diterjah satu SMS daripada seorang teman wartawan;
“Be among the first to see our new entertainment website logo at murai.com.my” – Brought to you by MIT Astro
Kembali kepada tajuk entri di atas… masih dengan nama murai tetapi ini bukan burung tetapi sebuah portal yang diberi nama portal Murai…
Pembaca semua boleh melayarinya di http://www.murai.com.my. Walau bagaimanapun, laman web portal ini masih lagi dalam penyelenggaraan dan percubaan untuk dilancarkan 11 hari lagi.
Mengapa murai? Pemilihan nama murai mungkin berdasarkan pada simpulan bahasa; “mulut murai: iaitu mengambarkan mulut seseorang yang begitu becok dan tak pandai menjaga rahsia. Jadi, portal ini mungkin akan membongkar banyak lagi kisah-kisah dan gossip artis selain daripada ulasan filem dan album serta konsert.
Setakat ini yang Budiey lihat, belum apa-apa lagi murai.com.my sudah mengadakan pertandingan mencari klon selebriti dalam pertandingan M-klon.
Kepada korang yang rasa-rasa dan perasan muka dan penampilan korang sama dengan Ella, Mila Af5, Datuk Siti Nurhaliza, Awal Ashaari, Haziq Af4, Nana Era, Izwan Pilus, Shawal Af5, Fasha Sandha & Fazli Zainal… ha… inilah masanya untuk membuktikan bahawa anda boleh meniru gaya artis.
Nampaknya semakin banyak sumber untuk korang mengetahui tentang dunia hiburan… Portal hiburan dilihat boleh menarik minat pengiklan kerana jumlah pembaca agak tinggi jika dibandingkan dengan portal selainnya.
Terbukti, tidak lama dulu Media Prima ada melancarkan portal hiburan dan gaya hidup; Gua.com.my. Kini promosi mega dan grand sedang giat dijalankan bagi menggamit perhatian ramai. Iklan TV, billboard di stesen lrt dan di suratkhabar akan memberi impak bagi menarik pembaca untuk ke portal seperti ini.
Untuk memasarkan portal pun kena ada strategi seperti juga dengan strategi menulis blog… semakin jauh dan masa berlalu, semakin banyak website dan portal serta blog akan dibina. Betullah kata orang, informasi hanya di hujung jari sahaja.