Ketiga-tiga model ini boleh didapati melalui para pengedar rasmi Apple, laman rasmi Apple.com dan melalui syarikat telekomunikasi tempatan.
Apple iPhone 11Â hadir dengan sokongan dwi-kamera, dilengkapi cip pemprosesan Apple A13 Bionic, menggunakan skrin 6.1-inci Liquid Retina, selain menyertakan sokongan kamera sudut ultra lebar bersama dengannya.

Apple iPhone 11 Pro pula hadir dengan skrin 5.8-inci, dan iPhone 11 Pro Max dengan skrin 6.5-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin OLED, dijana cip Apple A13 Bionic, menyertakan tri-kamera belakang, serta menawarkan rekaan dan ciri-ciri premium.
Di Malaysia, iPhone 11 ditawarkan pada harga bermula RM3399, iPhone 11 Pro bermula RM4899 dan iPhone 11 Pro Max bermula RM5299.
Apple iPhone 11 Pro Max 64GB – RM5299
Apple iPhone 11 Pro Max 256GB – RM5999
Apple iPhone 11 Pro Max 512GB – RM6899Apple iPhone 11 Pro 64GB – RM4899
Apple iPhone 11 Pro 256GB – RM5599
Apple iPhone 11 Pro 512GB – RM6499Apple iPhone 11 64GB – RM3399
Apple iPhone 11 128GB – RM3599
Apple iPhone 11 256GB – RM4099

