“Lagu ini meraikan kebersamaan dengan rakan taulan dan keluarga anda dengan meminum Sopi,” kata Lipooz selaku ketua kumpulan yang juga dianggotai oleh D’Flow, DirtyRazkal, A’Chi dan DJ GeraMar.
“Ini diilhamkan oleh latar belakang budaya kami di mana alkohol tempatan selalu dilibatkan dalam hampir semua aktiviti tradisi kami.”
Menariknya, “Toki Sloki” tidak bermula sebagai lagu MukaRakat. “Lagu ini pada asalnya untuk projek solo saya, tetapi ketika saya berkumpul dengan anggota kumpulan yang lain dan memperdengarkan lagu tersebut, mereka sangat menyukainya,” kata Lipooz.
Hasilnya, dalam “Toki Sloki” anda kini dapat mendengar pertukaran rangkap antara Lipooz dengan D’Flow, DirtyRazkal dan A’Chi dalam lirik campuran antara bahasa Indonesia dan dialek Flores mengenai pengalaman masa-masa liar yang mereka di tempat hiburan malam di Bali.
Menurut Lipooz, “Sebilangan besar daripada kami pernah bekerja di beberapa kelab malam di Bali. Oleh itu, lagu ini mengingatkan kami tentang apa yang berlaku selama bertahun-tahun di kelab-kelab malam tersebut. “
“Toki Sloki” juga merupakan hasil kolaborasi rentas sempadan, di mana artis dan produser hip-hop terkenal Malaysia, SonaOne bersama-sama menulis lagu tersebut di samping turut menyumbangkan rentak dan penyusunan muzik, di mana Def Jam South East Asia bertindak untuk menghubungkan kedua-dua pihak.
“Def Jam menghantar kepada kami beberapa pilihan trek, dan kami memilih rentak ini kerana ianya muzik ringan (easy listening) dan memiliki getaran reggae. Kebanyakan orang di Flores dan Indonesia Timur gemar reggae,” kata Lipooz.
Sentuhan Malaysia dalam “Toki Sloki” juga ditambah oleh Jeson Huang, yang membuat proses pencampuran dan ‘mastering’ trek.
Selain meraikan masa-masa yang indah, terdapat juga makna yang lebih mendalam di sebalik “Toki Sloki”, yang memperluas misi MukaRakat untuk memperkenalkan Nusa Tenggara Timur, tempat asal usul mereka kepada rangkaian pendengar yang lebih luas.
“Lagu ini istimewa kerana ia berdasarkan kisah benar, dan liriknya mengenai kehidupan yang biasa dilalui oleh kebanyakan orang di Indonesia Timur. Ini adalah gambaran sebenar,” kata Lipooz.
“Kami berharap lagu ini dapat membuat orang Indonesia untuk menyedari betapa pelbagainya negara ini, terutama budaya tempatan, dan belajar bagaimana menerima kepelbagaian tersebut.”
Apa pun makna yang anda dapat dari lagu tersebut, anda pasti akan bersetuju bahawa “Toki Sloki” akan memberikan soundtrack sesuai untuk berparti apabila keadaan kembali selamat untuk berkumpul semula, sama ada pada akhir tahun 2020 atau masa akan datang.
Seperti kata Lipooz, “Dalam hidup, ada kalanya kita menangis, dan ada kalanya kita ketawa. Pada lagu ini, kami ingin menonjolkan kegembiraan yang kami rasakan ketika berkumpul bersama.”
Dengarkan “Toki Sloki” di sini: https://lnk.to/MukaRakatTokiSloki dan tonton tayangan perdana video muzik pada 11 Disember jam 7 malam waktu Jakarta.
Mengenai Def Jam South East Asia
Ditubuhkan pada tahun 1984, Def Jam Recordings muncul di New York City untuk mendorong budaya hip-hop ke tahap yang baru. Def Jam telah mewakili muzik terbaik selama 35 tahun, dipelopori oleh bintang ikonik seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Selama dua dekad berikutnya, Def Jam didominasi oleh superstar seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan Kanye West.
Kini setelah hampir 4 dekad, muzik dan stail Def Jam telah berkembang menjadi jenama global – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian – merangkumi pelbagai senarai bintang ternama dan bintang baru seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko, antara lain.
Dengan pelancaran Def Jam Asia Tenggara, Def Jam membuktikan bahawa semangat dan komitmennya terhadap budaya hip-hop tidak pernah luntur, dan jangkauan jenama globalnya makin meluas ke pasaran baru di Asia Tenggara.
Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budayanya bersesuaian dengan konteks tempatan, namun syarikat rakaman gah ini adalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita turut sama beraksi.
Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow, SonaOne, Abubakarxli dan SYA dari Malaysia, DABOYWAY dan Ziggarice dari Thailand, A. Nayaka, Rayi Putra, MukaRakat dan Ben Utomo dari Indonesia, VVS Collective dari Filipina serta ALIF, ABANGSAPAU, Yung Raja dan Fariz Jabba dari Singapura.
Mengenai MukaRakat
MukaRakat adalah kumpulan hip-hop dari Nusa Tenggara Timur yang kini menetap di Bali. Ditubuhkan pada tahun 2017, nama MukaRakat mempunyai makna tersendiri. Rakat atau masyarakat adalah sebutan khusus bagi pendatang dari Indonesia Timur, terutama Nusa Tenggara Timur. Jadi, MukaRakat dapat ditafsirkan sebagai Wajah dari Timur.
Dianggotai oleh lima ahli, MukaRakat sering menyuarakan suara Indonesia Timur melalui mesej pada lirik dalam setiap lagu. Bukan hanya itu, dari lagu-lagu mereka, MukaRakat juga boleh dikatakan masih berpegang teguh dengan dialek bahasa tempatan dan alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur.
MukaRakat kini telah menjadi satu kumpulan yang semakin dikenali dalam dunia muzik hip-hop dari negara itu. Kekerapan mereka menyertai beberapa festival muzik yang besar juga pasti dapat melonjak naik karier mereka.
Bahkan juga, video muzik mereka di laman YouTube sering ditonton oleh peminat mereka dengan tontonan mencapai ratusan ribu hingga jutaan kali. Bersama dengan Def Jam Asia Tenggar, tidak mustahil bagi MukaRakat untuk bersinar bukan hanya di arena muzik hip-hop Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, Asia, malah di dunia.
Twitter: @MukaRakat_
Facebook: facebook.com/Mukarakatofficial
Instagram: @mukarakatofficial
YouTube: MukaRakat Official
LIRIK LAGU TOKI SLOKI
Sa Toki Sloki Sopi
Dari malam tembus ke pagi
Pasti kau tra bisa tolakan
Apalagi kalau tambah tolakan
Mari su duduk melingkar
Santai sa di atas tikar
Liat ade den kaka senang
Dong tebar tawa bikin hati tenang
Sopi flores paling enak itu sa jamin,
Ah, ini sudah kita punya Vitamin
Oe,Over itu gelas jangan disconect
Karna kk sudah mabuk mau disco ni
Sa rompes bintang kema
Yang Rayu ko den lagu nona
Hari makin panjang makin enak
Kaks jangan sampai kau terlena
DIRTY RAZKAL:
Sopi bakar dada lapis asam lambung
Panas merambat sampe ke ubun
Dia sentuh otak, Sa melambung di angkasa minta ampun
Malam ini torang pung,Tapi jaga sopan santun
Sloki su putar haluan, kalo rasa berat jangan di lawan
Mino pake tambo, lebe sarbo, tanga naka jari kube lembo-lembo.
Wei no kalo pake campo nenti mabo jo cari pekara bua kaco.
sante sante sa toh.
Jang telalu doto,
kalo mabo pi bale tido
Me inga lia jalan bebae no jaga terempo
Bridge :
Uuu …
Rakat ko jangan sembunyi bakat cepat
Su sloki ko angkat
Sapa suruh uuu …
Rakat ko tu jangan dulu pulang
Mari tong lanjut bersulang
Chorus :
Toki sloki sa
Toki sloki sa
Toki sloki
Toki sloki sa
Toki sloki sa , toki sa
Toki sloki sa
Toki sloki sa
Toki sloki
Toki sloki sa
Toki sloki sa , toki
ACHY:
Over sloki macam over bola
Di pojok tu ko jangan lupa
Tenang kawan tenang
Sa masih buat apa yang sa senang
Tong masih jalan pelan pelan
Tong masih ada teman teman
Tong perjalanan masih panjang
Tong jatuh tetap pasang badan ( lets go )
Lanjut racik, Madu sedikit,
Kalo ko masih juga rasa pahit
Tambah lagi telur susu jahe
Biar sehat teman, makin oke
Enak kh? Mantap to !
Lanjut kh? Lanjut to !
Yall better think about it
Yall better think about it
LIPOOZ:
Omong ini barang tirakan habis
Om dorang larang? anak anak lapis
tambah jrigen, bandar kuat sadis
Mari pagikan malam ini fuck this!
Cari tolakan daging ko kacang
Patungan atau pake ko punya tahan
Sa masih pikir pikir lagi
dompet taruh dimana
Uang, ATM, KTP, duh mama
Tapi ah sudahlah,
Besok saja baru dipikir, yang penting
duduk lingkar diskusi tidak penting
Seperti kenapa pesaing talk shit di belakang
Toxic mulut sembunyi muka
(takut luka)
Ah bikin rusak suasana
Mending kita bersulang saja
Bersulang untuk semua yg datang
tuk semua yg telah pergi
Angkat itu sloki (c’mon pick it up)
Bridge :
Uuu …
Rakat ko jangan sembunyi bakat cepat
Su sloki ko angkat
Sapa suruh uuu …
Rakat ko tu jangan dulu pulang
Mari tong lanjut bersulang
Chorus :
Toki sloki sa
Toki sloki sa
Toki sloki
Toki sloki sa
Toki sloki sa , toki sa
Toki sloki sa
Toki sloki sa
Toki sloki
Toki sloki sa
Toki sloki sa , toki