Berbalik kepada MukaRakat, kumpulan yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia ini dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic, dan DJ Geramar. Seperti yang mungkin anda ketahui, muzik MukaRakat berorientasikan hip-hop tradisional atau lama. Begitu juga dalam single “N.O.S (Name of Survivors)”, mereka masih memilih lagu hip-hop old school untuk trek mereka.
Jika dilihat pada lirik, ia adalah cerita tentang pengalaman perjalanan mereka dalam industri muzik selama ini, di mana kerja keras, usaha gigih, serta sokongan dari ramai individu menjadikan mereka terus kuat berusaha demi minat mereka.
“Mesej yang dibawa lagu ini adalah bagi mencapai setiap kejayaan ianya memerlukan usaha yang gigih, perlu enjoy setiap proses dan tentu saja perlu ada keikhlasan yang tulus dalam berkarya,” kata Lipooz.
Apa yang menarik, mereka turut memasukkan kosa kata bahasa daerah Nusa Tenggara Timur ke dalam lirik. Satu cara yang bijak dalam usaha memperkenal dan menyebarkan budaya Indonesia Timur dengan lebih meluas.
Dari segi bunyi, susunan muzik dari MukaRakat untuk single “N.O.S (Name of Survivors)” masih tetap menggunakan konsep hip-hop lama seperti dalam single mereka sebelum ini.
Walaupun tiada perbezaan khusus dalam susunan muzik, mereka telah menambah sesuatu yang baru iaitu penggunaan bunyi bass yang lebih old school, yang tentu saja lebih raw. Mereka turut memasukkan bunyi-bunyian daripada alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur sebagai fill-ins di beberapa bahagian. Bagi yang mungkin tidak tahu, Def Jam adalah label hip hop terbesar di dunia, dibawah naungan Universal Music dengan fokus kepada genre muzik ‘vibrant‘ hip hop, rap dan R n’ B.
Alat muzik tradisional dan bahasa daerah dari tempat asal mereka memang sering digunakan dalam setiap karya mereka. “Penggunaan bahasa daerah adalah karakter dan juga identiti MukaRakat,” tambah Lipooz.
Kekuatan rima, flow yang pantas dan lancar, kombinasi muzik etnik dan moden, identiti kearifan tempatan (local wisdom), dan kritikan sosial adalah elemen utama bagi karya MukaRakat untuk tetap berada di pentas muzik hip-hop dan juga dalam industri muzik negara itu.
Sementara menanti pandemik Covid-19 di Indonesia berakhir, anda harus mendengar single “N.O.S (Name of Survivors)” berulang kali. Selamat mendengar!
N.O.S (Name Of Survivors)
Artist : MUKARAKAT
Song Producer : LIPOOZ
Song Composer : MUKARAKAT
Arranger : LIPOOZ
Music & Lyric : MUKARAKAT
Vocal directed by : MUKARAKAT
Vocals recorded at : ANTIDA STUDIO
Vocals audio engineered by : ARUL
[ Verse 1 : DIRTY RAZKAL ]
Sa masuk obrak abrik kam pung trick lagu lama
Mau pi bolak balik tetap break di jalur yang sama
Dong bikin pusing macam rumus logaritma
Baik nya pasang kuping dan dengar ni sa pung logat rima
Dengan seksama
Sa lepas amunisi 16 bar pertama
Yang lebih liar dari skenario teks drama komedi putar
Kalo rahang sudah kotak tingkah jangan cetar-cetar
Sa pung rakat bilang mereka lima tuh bajingan
Kalo mukarakat main pasti semua angkat tangan
Ke udara, getarkan satu nusantara
Bikin mereka yang benci pung telinga berdarah
Mengerihkan?! Sa su bilang kan
Flow nih memabukan
Jang coba uji nyali kalo takut sendirian
Ah..,Biarkan sejarah yang membuktikan
Hingga rakat yang datang dobrak pintu kesuksesan…mu
[ Chorus ]
Sa pencet NOS, cabut rem, lari lurus trus (boss)
Bukan game, sa tirkasih los
Tir kasih kau jeda, sa makan ko mentah
Ain’t no competition, maju truss
[ Verse 2 : D’FLOW ]
Sa lempar bom macam iron man, berhati hatilah
Sa akan selalu siap di tempat man apa bila
Saat kau coba mencela..hmm?
Mencari celah tuk jatuhkan ku man trakan mudah
Ini sudah sa buktikan dengan data
Apa yang kau punya semua sudah sa kunyah
Sa sudah jung..kir balik
Tara pu..tar balik
Ni sa ka..si panik
Buat kau su..sah naik yo!
Sa sebar lirik bagai racun
Kau dengar sa kas bunyi di telinga bagai mercon
That’s true. Su dari dulu sampai sekarang
Ni masih sa pung muka
Kalo memang kau tra suka mari bicara depan muka
[ Verse 3 : ACHY ]
Sa represent rap for my shit
Hustle tiap hari di rap? OH…jelas masih !
Selalu hadir beda, timbulkan reaksi
Yang lain baru mimpi tong su unjuk gigih
You better watch out kid ! ( you better watch out )
Ni belum seberapa woi ( You better watch out )
Di kala yang lain sibuk saling menuding
Tong hadir beri karya yg tak retak bagai gading
Masih bawa flame
Sa rebut kembali tahta yang dong su claim ! What?
Sa keras macam sean strange
Bungkam semua mulut kaum plagiat Einstein !
[ Verse 4 : LIPOOZ ]
Sa buka buka langsung depan muka
Biar penyuka liat dengan mata terbuka
Kesombongan masa muda , tiap track yang sudah sudah
Microphone yg sa ludah ,sudah, jadi saksi
LPZ pompa gas ke kompor hip hop seperti LPG
Sa produsen, lainnya melamar jadi SPG
Sa nyanyi , seperti Refugees ( Uuh la la )
Feel free to come and test me
Sa tetap fresh menginvest ide di kepala
Segala drama sa kasih tinggal di belakang
Demi masa masa terbaik yg pernah sa tata
Demi cinta & kejayaan mengolah kata
Step into the arena like it is my last chance
I do it for my rakat and the love for my fans
For my family I swear I’ll make things right
If u down with me
Let’s take a one last ride…
[ Chorus ]
Sa pencet NOS, cabut rem, lari lurus trus (boss), bukan game, sa tirkasih loss
Tidak kasih kau jeda, sa makan ko mentah
Aint no competition, maju truss..truss..truss!!
Tentang MukaRakat
MukaRakat adalah kumpulan hip-hop dari Nusa Tenggara Timur yang kini menetap di Bali. Ditubuhkan pada tahun 2017, nama MukaRakat mempunyai makna tersendiri. Rakat atau masyarakat adalah sebutan khusus bagi pendatang dari Indonesia Timur, terutama Nusa Tenggara Timur. Jadi, MukaRakat dapat ditafsirkan sebagai Wajah dari Timur.
Dianggotai oleh lima ahli, MukaRakat sering menyuarakan suara Indonesia Timur melalui mesej pada lirik dalam setiap lagu. Bukan hanya itu, dari lagu-lagu mereka, MukaRakat juga boleh dikatakan masih berpegang teguh dengan dialek bahasa tempatan dan alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur.
MukaRakat kini menjadi salah satu kumpulan yang semakin dikenali dalam dunia muzik hip- hop dari negara itu. Kekerapan mereka menyertai beberapa festival muzik yang besar juga pasti dapat melonjak naik karier mereka.
Bahkan juga, video muzik mereka di laman YouTube sering ditonton oleh peminat mereka dengan tontonan mencapai ratusan ribu hingga jutaan kali. Bersama dengan Def Jam, tidak mustahil bagi MukaRakat untuk bersinar bukan hanya di arena muzik hip-hop Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, Asia, malah di dunia.
Ikuti: Instagram / Facebook / Twitter Tentang Def Jam Recordings Asia Tenggara
Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Sedangkan hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budaya bersesuaian dengan konteks tempatan, dan syarikat rakaman gah ini hanyalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita turut sama beraksi.