Menerusi perkongsian berdurasi dua minit itu, Muhyiddin berkata keadaannya baik-baik sahaja dan tiada sebarang simpton yang kurang elok selain turut meminta agar rakyat bekerjasama dalam menangani wabak Covid-19.
“Alhamdulillah, saya baik.”
“Saya yakin ini adalah vaksin yang selamat dan berkesan. Alhamdulillah, saya rasa sihat. Tak ada rasa demam, luar biasa. Makan macam biasa, selera macam biasa..
“.. Jadi bagi saya vaksin yang saya terima ini baik. Sekali lagi, saya meminta agar semua memainkan peranan masing-masing. Dengan cara ramai-ramai mendaftar untuk dapatkan suntikan,”
– Tan Sri Muhyiddin Yasin
Muhyiddin juga sempat berpesan agar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa masih dipatuhi oleh semua orang agar dapat memutuskan rantaian virus Covid-19.
Perkongsian beliau itu mendapat komen positif daripada warganet yang memuji sikap profesionalnya selain berharap agar rakyat sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera.
Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pagoh itu kerana sudi menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin.
Alhamdulillah, lepas ini rakyat pula! Semoga semuanya dipermudahkan serta keadaan makin pulih dan kembali seperti sedia kala. Amin
Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin