Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata hiburan yang diadakan menjelang Ramadan seolah melalaikan umat Islam.
“Maaf, saya tak dapat komen sebab tak dapat liputan sepenuhnya tentang konsert itu. Cuma komen saya, adalah tidak elok mengadakan konsert di ambang bulan Ramadan.
– Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor
“Sepatutnya umat Islam membuat persiapan rohani untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini dengan membanyakkan zikir, membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya,â€
Tambahnya lagi, penganjuran konsert itu bercanggah dengan galakan kepada umat Islam supaya beramai-ramai memenuhi tempat ibadah mengerjakan solat berjemaah, mengikuti program ceramah, tazkirah dan sebagainya.
“Jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza sepatutnya mengelakkan kontroversi yang mungkin akan berbangkit susulan konsert yang dirancangnya pada waktu yang tidak sesuai.
– Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor
“Pada pandangan saya, beliau masih ada masa untuk mengubah tarikh ini. Eloklah konsert tersebut ditunda ke tarikh lain, umpamanya selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,â€
Untuk info, konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac dan bulan puasa pada tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.