Dunia sekarang dah maju. Kalau dulu, nak tengok rancangan menarik atau berita sensasi… apa yang kita ada hanyalah televisyen sahaja. Tapi sekarang, kita dah boleh menonton TV di komputer peribadi. Di mana sahaja, bila-bila masa, syaratnya perlu ada talian internet aje.
Bukan sekadar menonton sahaja, program TV yang kita suka pun banyak. Macam-macam boleh pilih. Hiburan, berita dan gaya hidup. Itulah kemajuan teknologi yang telah menyenangkan kita semua. Betullah kata orang, maklumat hanyalah dihujung jari aje. Just klik!
Korang pernah dengar Hypp TV? Alah, laman web dari Telekom Malaysia… kalau korang masuk web tu boleh menonton macam-macam channel ada kat situ. Ha, Budiey dah dengar lama dah pasal hypp.tv nih, tapi sekarang ini Hypp TV dah berubah wajah, tu yang buat Budiey selalu guna untuk menonton TV.
Baru-baru ini, pada 21 Februari lalu, bertempat di Laundry Bar, The Curve, Budiey berkesempatan mengikuti pelancaran semula Hypp TV yang berwajah baru yang lebih gempak ni. Budiey rasa teruja dan seronok apabila dapat bersama-sama menyertai diri dalam event, apatah lagi dapat menyarung costume pemain bola dengan memakai jersi Argentina! Pertama kali jadi model untuk booth ‘sports’ di Hypp.TV
Ha, bukan saje-saje nak pakai, bukankah Hypp TV juga ada program sukan dan ada juga program khusus untuk peminat bola sepak! Jangan tak tahu!
Untuk info semua pembaca, Hypp TV yang telah diperbaharui ini menawarkan kandungan video secara online merangkumi kandungan pelbagai genre seperti Berita & Isu Terkini, Hiburan, Sukan, Gaya Hidup, Filem & Drama untuk memenuhi citarasa penonton di kalangan pelbagai golongan masyarakat.
Apa istimewanya Hypp TV ni? Budiey rasa, skrin penggunaan Hypp TV begitu mudah digunakan walaupun korang buta IT. Sebab memang senang nak menonton TV di Hypp TV. Cuma kena ikuti langkah mudah yang disediakan aje. Korang boleh menikmati aliran video dan bunyi yang lancar tanpa gangguan tayangan yang tersekat – sekat sewaktu menonton program pilihan mereka.
Saat Hyyp TV dilancarkan
Apa ada pada Hypp TV?
Tak cukup jarilah kalau nak kira berapa channel yang ada di Hypp TV. Memang banyak betul. Kadang-kadang tak tahu mana satu nak dipilih. Antaranya, kalau nak ikuti berita terkini, korang boleh menonton Channel News Asia, Al-Jazeera English, CCTV4 dan Bloomberg TV.
Kalau suka sukan, Hypp TV juga menyediakan saluran sukan seperti butiran acara kemuncak Barclays Premier League dan perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010. Untuk wanita pun ada channel seperti Fashion TV dan RED TV.
99 Debar, saluran untuk penggemar alam mistik yang ingin mendalami dunia paranormal nusantara dan topik pantang, Zee Music dan NDTV untuk hiburan Bollywood, siri Korea dan Kantonis popular daripada Multimedia Drama Channel dan juga WOW TV untuk berita terkini tentang dunia Hollywood. Hypp.TV yang baru ini juga menyiarkan kandungan eksklusif yang pertama kali disiarkan di Malaysia seperti Luxe TV, Warner Bros’, Sorority Forever dan Wedding TV. TM juga bercadang untuk menambahkan lagi pelbagai saluran lain pada masa akan datang dan kandungan pada saluran-saluran sedia ada juga akan turut dikemaskini dari masa ke semasa.
Selain daripada pelbagai saluran TV yang sedia ada, Hypp.TV juga akan menawarkan kandungan Video-Atas-Permintaan dan format siaran aliran secara langsung dan juga perkhidmatan interaktif seperti membeli-belah melalui web, pameran produk, perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan interaksi pengguna dan banyak lagi.
Hanya ikuti 3 langkah mudah ini untuk mula menonton Hypp.TV:
Langkah 1: Dapatkan akaun Hypp.TV di www.hypp.tv dengan mendaftar sebuah akaun secara percuma di bawah butang “Free Sign Up”. Sungguh senang, tak sampai seminit!
Langkah 2 : Lancarkan Pemain Media Hypp.TV di bawah butang “Watch Now’.
Langkah 3 : Daftar masuk ke Pemain Media Hypp.TV untuk menikmati kandungan yang sedia ada.
Macam-macam channel hiburan ada di Hypp.TV
Untuk menggunakan Pemain Media Hypp.TV, anda memerlukan sekurang – kurangnya .Net Framework 2.0 dan ke atas, Adobe Flash Player terkini, Windows Media Player 9 dan ke atas ataupun Microsoft Internet Explorer 6.0 dan ke atas.
Para pelanggan Streamyx kini boleh mula melanggani Hypp.TV yang diperbaharui ini dengan hanya RM9.90 sebulan untuk semua kandungan.
Caj langganan bulanan akan dimasukkan ke dalam akaun Streamyx pelanggan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai Hypp.TV, layari www.hypp.tv atau www.tm.com.my
Jom layari Hypp.TV sekarang!