in

Pengalaman Budiey Guna Aplikasi Shawn Cutler

Di zaman teknologi yang serba canggih manggih ni, kebanyakan servis dan kemudahan turut mendapat tempias. Semua menjadikan hidup kita mudah tak macam dulu. Untungnya, dapat hidup di zaman moden ni kan?

Baru-baru ini, Budiey berkunjung ke Shawn Cutler Bangsar, sebuah saloon profesional yang terletak di Bangsar Square. Senang betul kalau nak ke saloon ini sebab ia betul-betul berhadapan dengan Bangsar Village 2.

Sebenarnya, Budiey diperkenalkan oleh pelakon Hairul Azreen yang turut mendapatkan perkhidmatan hair stylist dari saloon Shawn Cutler. Menurut Hairul Azreen, beliau cukup berpuas hati dengan hasil dan juga layanan diberikan juga sangat ohsem! Patutlah Budiey tengok imej rambut Hairul Azreen sekarang ini bukan main bergaya lagi.

Selain Hairul Azreen, ramai lagi selebriti yang datang ke saloon ni untuk set & style dan potong rambut. Budiey dengar,pelakon dan selebriti terkenal Hanis Zalikha juga menggunakan Shawn Cutler Bangsar.

Dari awal tahun lepas, Budiey dilanda dilemma pasal gaya rambut. Dari dulu sampai sekarang, gaya dan style rambut Budiey sama je 364 hari dalam setahun. Rasa macam bosan pun ada. Takde pembaharuan langsung. Jadi, kali ini, Budiey nak buat makeover dan kasi lain dari yang lain sikit.  Budiey tak mahu lepaskan peluang untuk mengikut trend gaya rambut sekarang nih. Ye lah, korang pun tahu kan, trend stail rambut selalu je bertukar.

Selain itu Budiey juga mahu tengok apa yang bestnya Shawn Cutler Bangsar ni.

Sebelum berkunjung ke saloon ni, Budiey dah google siang-siang. Google punya google, Budiey dapati banyak juga artikel yang memperkatakan tentang saloon ni. Kiranya, banyak feedback dan respon yang bagus telah ditulis termasuklah beberapa ulasan dan foto dari dada majalah tempatan. Ternyata ramai yang memuji tentang dekorasi yang luas dan suasana yang selesa di saloon ini.

Gibson

Oh, senang sebab saloon ni ada laman web rasmi iaitu www.shawncutler.com.my. Anda boleh layarinya sebab segala info tentang saloon ini ada di laman web.

Diusahakan oleh dua beradik kembar iaitu Shawn Loon (pemilik) dan Gibson Loong, saloon ini sudah ada tiga cawangan termasuk satu cawangan untuk Nail Bar iaitu:

1. Shawn Cutler Telawi 2

No. 28 & 28-1,

Jalan Telawi 2,

Bangsar Baru,

59100 Kuala Lumpur

03-22846326

2. Shawn Cutler Damansara Height

39-G,

Medan Setia 1,

Plaza Damansara,

Bukit Damansara,

50490 Kuala Lumpur

03-20111729

3. Shawn Cutler Telawi Square

No. 39 & 41

Jalan Telawi 3,

Bangsar Baru,

59100 Kuala Lumpur

03-22881008

Setelah menghubungi Gibson, seorang stylist profesional yang begitu berpengalaman luas dalam bidang kecantikan dan gaya rambut, Budiey disuruh untuk memuatturun aplikasi Shawn Cutler di Play Store di telefon bimbit Samsung. Kepada pembaca yang menggunakan telefon bimbit atau peranti mudah alih iOs boleh memuatturun aplikasi ini di Apple Store.

Mulanya, Budiey agak skeptikal dan ragu-ragu. Tak pernah saloon ada aplikasi sendiri rasanya. Ini pertama kali Budiey dengar saloon kat Malaysia ni ada aplikasi sendiri. Kalau servis bank ke, suratkhabar ke, ada la diorang punya aplikasi sendiri. Jadi, Budiey pun cuba muatturun aplikasi ini di dalam Samsung Galaxy Note 3.

shawn Cutler Bangsar

Oh, rupanya aplikasi ini ada faedahnya gak untuk pengguna dan pelanggan setia. Bukan apa dengan adanya aplikasi ini, segala maklumat info tentang Shawn Cutler ada di situ. Anda juga boleh memilih mana-mana stylist yang ada suka dan senang untuk berurusan. Siap dengan masa temujanji, di mana anda boleh menetapkan terus masa dan tarikh temujanji. Haa, kan mudah?

shawn Cutler Bangsar

Semasa bertemu dengan Gibson, beliau ada kata, kos untuk buat aplikasi ni cukup mahal di mana syarikatnya membelanjakan kos sebanyak RM16,000 untuk aplikasi macam tu. Haa, ingat murah ke. Mahal tu. Tapi semua itu adalah untuk kemudahan pengguna dan menjadikan pelanggan saloon begitu eksklusif.

Gibson ni kiranya bigboss untuk Shawn Cutler Telawi Square, lebih kurang sister outlet. Sebenarnya tak jauh lokasi Shawn Cutler Telawi Square dengan Shawn Cutler Telawi 2. Jalan kaki pun sampai. 5 minit je kot.

Sesi pertama kali gunting rambut dengan stylist yang cukup profesional seperti Gibson memang agak mudah dan menyeronokkan. Maklumlah ini adalah kali pertama Budiey guna stylist yang pakar untuk potong rambut. Gibson cukup peramah, mesra dan beliau tahu gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka kita.

Beliau juga suka bereksprimental dan akan kasi tips yang mudah dan sesuai macamana untuk menjaga rambut dan menggayakannya. Tidak hairanlah jika Majalah GLAM bulan ini menjadikan saloon ini antara Top 5 Saloon Rambut Paling Terkenal.

Kalau anda nak guna khidmat Gibson, anda boleh menghubungi terus Shawn Cutler Telawi Square di talian 03-22881008 atau anda boleh buat temujanji dengan memuat turun aplikasi Shawn Cutler. Haa, lagi senang!

Budiey akan ceritakan sikit tentang konsep saloon Shawn Cutler, rawatan penjagaan rambut dan juga produk yang akan digunakan di entry yang akan datang ya. Nantikan!

gibson budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal Mencorak Destini Perjuangan Maruah & Airmata

Lagu Memori Nyanyian Nik Nabil Inspirasi Teater Muzikal