Muaz berkata dia menerima ancaman tersebut menerusi mesej di Instagram dan TikTok, namun dia tidak gentar kerana setiap negara tersebut ada undang-undang.
Sementara itu, Muaz berkata tiada keperluan untuk dia mengambil tindakan undang-undang susulan ancaman tersebut namun dia akan berhati-hati walau dimana berada.
“Ancaman memang ada dan jenayah pun sentiasa ada di mana-mana. Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis berhubung perkara ini. Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada,” katanya.
Dalam pada itu, Muaz mengakui kontroversi tersebut memberi kesan yang besar dalam kehidupannya serta keluarga.
“Saya tidaklah trauma sampai tidak boleh teruskan kehidupan. Tetapi saya mengaku apa yang berlaku memberi impak yang besar dalam diri saya dan keluarga,” katanya.