[dropcap]S[/dropcap]etiap pagi, Budiey biasanya bangun awal untuk berlari sejauh yang mungkin. Tak banyak pun ambik masa, cuma 30 minit je setiap hari sebab nak keluarkan peluh punya pasal. Bila badan berpeluh, Budiey akan rasa lebih sihat, lebih aktif dan ada stamina untuk memulakan hari.
Cakap pasal lari, Budiey teringat dua perkara je. Satu filem lari yang tengah rancak ditayangkan kat pawagam dan satu lagi aplikasi Rexona Move yang baru je dilancarkan untuk anda khususnya wanita kat luar sana untuk sertainya.
Pasti anda semua tertanya-tanya apa itu Rexona Move, kan? Okay, Budiey ceritakan secara ringkas. Rexona Move ni satu aplikasi terbaru yang boleh dimuat turun di Appstore atau GooglePlay.
Ianya bukan sekadar satu aplikasi atau games ya, malah lebih jauh dari itu, Rexona Move menjemput semua wanita kat luar sana untuk menyertai satu larian untuk disumbangkan kepada kanak-kanak kurang upaya di setiap negeri di seluruh Malaysia.
Bunyinya sangat pelik. Macamana nak berlari dengan menggunakan aplikasi. Okay, jangan peningkan kepala anda. Anggaplah aplikasi ini satu ‘permainan’ yang biasa anda muat turun ke telefon bimbit atau gajet anda itu.
Setelah mencapai target setiap pergerakan larian kita tadi, kita akan diberikan badges sebagai tanda penghargaan. Kiranya, ia satu simbol reward untuk setiap peluh yang kita keluarkan. Ya, ini bermakna setiap pergerakan anda itu akan ditukarkan kepada jarak dan sumbangan pergerakan anda itu akan digabungkan dengan pergerakan peserta lain untuk pergerakan sepanjang jalan di setiap negeri. Dari situ, jumlah keseluruhan yang dicapai oleh setiap peserta akan ditukar pula kepada wang derma bagi membantu kanak-kanak kurang upaya.
Pengalaman Budiey sepanjang menggunakan aplikasi ini, ia sangat bagus sebenarnya untuk anda yang jarang untuk melakukan aktiviti sukan ni. Sekurang-kurangnya kita dapat bergerak ke satu tempat yang lain untuk membakar kalori. Peluh pun keluar, jadi kita lebih sihat.
Aplikasi ini sangat senang digunakan. Ringkas dan lancar, takde sangkut-sangkut. Gabungan warna putih dan biru sangat menenangkan dan sesuai dengan konsep aplikasi Rexona Move ini. Tak perlu ada warna-warni yang menyakitkan mata. Yang penting, setiap aktiviti ada fakta tentang peluh. Yelah, bila kita berpeluh, memang tak sahlah kalau badan kita tak berbau. Jadi, cara yang berkesan ialah dengan menggunakan deodorant dari Rexona.
Menjadi salah seorang dari penyumbang pergerakan dalam Rexona Move ni memang satu keseronokan. Kalau nak tahu seronok ke tak, anda kena cubalah sendiri ya.
Apa yang penting sekali, aplikasi ini bukan bertujuan semata-mata nak suka-suka atau nak capai target pergerakan kita tadi. Kita boleh track kita punya pergerakan sampai kat lokasi mana di dalam peta yang disediakan. Walaupun ia bukanlah betul-betul anda berlari di larian tapi anda digambarkan seperti melakukannya secara real. Bagi Budiey, selepas guna aplikasi ini, Budiey sedar yang kita perlu bergerak untuk menjana dan membentuk badan yang sihat dan kekal aktif sepanjang masa. Taklah hanya duduk rileks je depan TV, goyang kaki je. Ya, kita perlu bergerak!
Senang cerita, bukan ahli sukan je yang boleh menyertai pergerakan Rexona Move ni, tapi semua di kalangan kita yang memang sentiasa akan bergerak. Contohnya, kita akan berjalan dari tempat letak kereta untuk naik ke pejabat. Kenapa tidak kita gunakan aplikasi Rexona Move ini untuk mencapai target sasaran dan seterusnya membantu menambahkan dana bagi membantu kanak-kanak kurang upaya.
Bagi anda yang sedang shopping pula, haaa, dah tentu akan berjalan kaki dan pusing-pusing cari barang di pusat membeli belah kan? Dari pada tak de apa, baik guna aplikasi ini untuk menyumbangkan sedikit wang yang akan diberikan kepada insan yang memerlukan.
Selebihnya, Budiey kira, Rexona Move ni satu inisiatif untuk kita aktifkan diri, bergerak ke sana sini, dan yang penting kita akan jadi lebih cergas dan aktif selepas berpeluh. Untuk elakkan bau yang tak menyenangkan selepas berpeluh, Budiey gunakan produk Rexona. Ianya sangat berkesan dan tak melekit. Yang penting, bau kekal sepanjang hari.
Akhir sekali, jika anda nak menang iPad Mini, bolehlah cuba online game yang ada di laman sesawang Rexona Move. Jom cuba nasib, mana tahu dapat sebuah iPad Mini.
Untuk info lanjut, boleh layari: http://rexonamove.com.my