Terbaru, foto yang dimuat naik oleh Fazura menjadi perhatian ramai yang terpegun melihat pelakon berusia 37 tahun tetap cantik meskipun masih dalam tempoh berpantang.
Menerusi perkongsian itu, Fazura memberitahu dia membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan di hospital. Melihatkan foto tersebut, jelas terpancar kegembiraan di wajah Fazura sebagai seorang ibu.
Diruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kejelitaan pelakon itu yang tetap cantik dan menjaga penampilan. Malah, ramai yang menantikan perkongsian terbaru Fazura mengenai anaknya.
Dalam pada itu, netizen juga tidak sabar untuk melihat wajah Fatima Aisya yang sehingga kini belum didedahkan kerana Fattah dan Fazura memilih untuk tidak lagi mendedahkan anak mereka kepada umum memandangkan usia anaknya terlalu muda.
Terdahulu sebelum ini, menerusi perkongsian yang dilakukan di akaun Instagram @fattzuralovelife, mereka menamakan bayi pertama mereka Nur Fatima Aisya.
“Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua orang Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.
“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima sangat bersyukur pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih!
Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima,” tulis mereka sebagai kapsyen di laman Ig berkenaan.