Anis Sofea yang merupakan pempengaruh media sosial diketahui sebelum ini memakai tudung penuh selepas berkahwin dengan penyanyi Haqiem Rusli. Penampilan itu sudah tentu menimbulkan persoalan dan kritikan dalam kalangan netizen.
Meninjau ke Instagram, wanita berusia 21 tahun ini juga didapati telah memadam kebanyakan foto. Yang tinggal hanyalah gambarnya tidak bertudung. Malah, gambarnya bersama suami juga didapati tiada di dalam hantaran Instagramnya.
Para netizen meninggalkan komen risau melihat penampilan baru wanita ini. Mereka mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja.