Amin berkata, walaupun dia pernah dikecam teruk sebelum ini, namun atas tanggungjawab dan kecintaan terhadap agama Islam, dia sekali lagi tampil bersuara di atas tindakan keterlaluan Sajat. Ramai netizen mengecam sajat susulan kontroversi terbarunya apabila dia memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram.
“Sebenarnya saya malas dah nak buat benda sama. Sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan.
Kecam, ugut dan ancaman saya dapat dulu sebab tegur benda macam ini, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan saya, maka saya minta netizen dan seluruh pengguna media sosial memboikot dan membuat aduan terhadap Instagram Sajat,”
– Amin
Sajat ketika dihubungi berkata, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.
“SAYA bukan melacur atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan menghargai kecantikan yang dimiliki,”
“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.
“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri.
Saya masih berpegang teguh kepada agama saya.
Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini,”
– Sajat
Sajat berkata, dia berharap individu yang menggesa dirinya diboikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.
“Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar.
Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.
“Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya.
Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial.
Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja. Kenapa saya dihentam begini?”
– – Sajat
Dalam masa sama, Sajat memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.
“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan.
Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,”
– – Sajat
Bonda Rozita Bagi Nasihat
Ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim tampil menegur kesalahan usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman di platform Instagram (IG)nya.
Sajat telah mengundang kata-kata kesat daripada kalangan warganet dengan memuat naik beberapa keping foto dan video berbikini.
Menurut Rozita, Sajat tidak sepatutnya melakukan perkara yang akan menyakiti diri sendiri suatu hari nanti.
Nasihat Bonda Rozita kepada Sajat
“Assalamulaikum Sajat. Maaf bonda nak tegur. Jangan buat macam ni kesian pada diri sendiri Sajat. Makin sakit nanti.
“Allah sayang Sajat banyak nikmat Allah kasi. Sudah la Sajat,†tulisnya di salah satu ruangan komen.
Tambah Rozita, dia berharap agar Sajat berhenti berkongsi perkara tidak senonoh ini kerana akan mengundang dosa.
“Jangan terperangkap lagi jauh. Sajat tau segalanya dan jangan ajak orang lain buat dosa sebab kita ya dik!!
“Bonda mohon jangan post benda gini lagi. Salah ni Sajat,”
– Bonda Rozita
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan komen ‘pedas’ serta berbaur lucah namun tidak dihiraukan Sajat. Terdahulu, nama Sajat menjadi sebutan ramai selepas berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
Sumber: Harian Metro