Mereka juga tidak lokek berkongsi posting di media sosial melakukan pelbagai aktiviti selain turut membuka akaun YouTube EmirAmirah dengan content yang sangat sweet sebagai pasangan suami isteri.
Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang tidak begitu gemar mereka berkongsi kebahagiaan di media sosial sehingga terang-terangan mengecam Mira dengan komen yang tidak elok di Instagram.
“Tunggulah nanti bila dah lama…” – yaty.arshad
Bagaimanapun, komen individu tersebut dibalas oleh akaun peminat pasangan itu dengan penuh sopan yang menasihati agar mendoakan sahaja perkara yang baik-baik.
Janganlah dengki makcik
Justeru itu, beberapa warganet juga telah tampil mempertahankan komen peminat Mira dan meminta agar ‘makcik’ tersebut menyucikan hatinya serta tidak berkata sedemikian.
Dia sudah lentokk!
Namun, komen tersebut dilihat sudah tidak ada lagi di ruangan posting dipercayai sudah dipadam. Sebaliknya dipenuhi komen rakan artis dan warganet yang tumpang gembira melihat pasangan tersebut.