MPO juga telah memainkan peranan penting dalam menanam minat dan memupuk bakat muzik tempatan terhadap muzik orkestra, sejajar dengan usaha yang lebih besar untuk mempromosikan pembangunan masyarakat Malaysia yang menyeluruh dan pada masa yang sama, menyediakan jalan untuk pembangunan industri muzik negara.
Namun, dengan keadaan pasaran yang mencabar disebabkan oleh pandemik COVID-19, MPO harus menilai semula model perniagaannya supaya kekal relevan di dalam jangka masa panjang, menyesuaikan diri dengan peredaran masa dan yang paling penting, menepati keperluan pelanggannya.
Situasi ini bukanlah unik bagi pihak MPO sahaja. Pelbagai orkestra-orkestra besar di seluruh dunia juga telah terkesan disebabkan pandemik ini dan terpaksa mengambil tindakan untuk mengubah organisasi mereka untuk menghadapi krisis ini.
Dalam tempoh peralihan ini, pihak MPO akan meneruskan usaha mereka untuk mencari cara yang strategik untuk memastikan MPO dan DFP bertahan pada jangka masa yang panjang.
Pihak MPO tetap komited dalam merealisasikan misinya untuk mempamerkan pelbagai persembahan dan bakat muzik di Malaysia dan juga untuk mempromosikan seni dan budaya di negara ini.
Mengekalkan Legasi Muzik. Membina hala tuju baru untuk MPO.