in , ,

MPO Mempersembahkan Buat Julung Kalinya ‘Three Nations Chamber Concert’

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) dengan bangganya mempersembahkan, buat julung kalinya, konsert yang menampilkan karya komposer dari tiga negara Asia pada hari Jumaat, 22 Julai 2022 jam 8:30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Bertemakan Three Nations Chamber Concert, konsert istimewa ini akan menyatukan ramai komposer berbakat dari Malaysia, Singapura dan Korea Selatan dan akan meraikan pertemuan idea muzik daripada tiga budaya yang berbeza. Penasihat Artistik untuk konsert ini ialah Gerard Salonga (Konduktor Residen MPO).

Konsert ini akan menyaksikan MPO untuk pertama kalinya bekerjasama dengan tiga organisasi muzik; Malaysian Composers Collective (MCC), Asian Composers League (Korea Selatan) dan Composers Society of Singapore. Konsert ini sejajar dengan usaha berterusan MPO untuk memupuk bakat muzik di Malaysia dan mempamerkan karya seni mereka di pentas berprestij DFP.

MPO Mempersembahkan Buat Julung Kalinya ‘Three Nations Chamber Concert’

Karya-karya dari Malaysia yang akan dipersembahkan ialah Jalinan ciptaan Adeline Wong (diilhamkan dari alunan azan umat Islam yang indah), Fragments I oleh Ainolnaim Azizol (yang dicipta untuk pertandingan Asian Composers League Young Composers 2014 di Jepun) dan Ada Angin Bertiup oleh Johan Othman (diilhamkan daripada idea angin dan roh).

Korea Selatan akan diwakili oleh karya 6 Moment musicaux ciptaan Chung Seung Jae (sebuah karya yang mempunyai enam ciri idea muzik tersendiri), Echoes from An Old Tree oleh Kyungmee Rhee (karya yang membandingkan kehidupan manusia dengan alam sekitar) dan Remnants ciptaan Sunyeong Pak.

Singapura akan mempersembahkan Distancing Etude ciptaan Hoh Chung Shih (menggambarkan situasi sosial semasa pandemik Covid-19), smidgen(S) oleh Emily Koh (muzik pendek mengenai rempah ratus di dapur komposer) dan Petals in the Sun oleh Elliot Teo (diilhamkan daripada lukisan seorang pelukis Filipina).

Jangan lupa menyaksikan persembahan muzik unik dari tiga negara, hanya di DFP!

MPO akan terus menyajikan persembahan terbaik melalui program pelbagai corak untuk semua lapisan. Anda telah menjadi sumber inspirasi dan motivasi kami sepanjang segala usaha, komitmen dan cabaran yang kami hadapi. Semua pencapaian kami sehingga ke hari ini disebabkan oleh sokongan dan kesetiaan anda. Jadilah penunjang yang sentiasa mendorong kami. Dermalah kepada MPO di mpo.com.my/donate. Segala sumbangan yang diberikan akan disalurkan untuk terus memupuk bakat seni tempatan, menyajikan penonton kami dengan pelbagai pilihan muzik dan persembahan-persembahan yang menarik, dan untuk terus menyebarkan keindahan muzik kepada semua. #YouAreTheReason

Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok).

Three Nations Chamber Concert’

Maklumat Konsert 

Tarikh

Jumaat, 22 Julai 2022 jam 8:30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS

Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra

Ensembel Orkestra Filharmonik Malaysia

Harga tiket

Biasa: RM75 dan Pelajar: RM35
(harga tiket untuk pelajar hanya boleh dibeli di kaunter Box Office)

Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan

Ahad: 12.00 tengahari ke waktu persembahan 

(tutup pada hari Ahad, Isnin dan Cuti Umum kecuali jika ada konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007 / 7511 / 7512 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPO:  HYPERLINK “http://www.mpo.com.my” www.mpo.com.my 

Facebook dan Instagram: malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gabungan Padu Elizabeth Tan Feat. Zynakal Dalam Single Berjudul NARSIS

Karnival Jom Heboh 2022 Putrajaya Disambut Meriah Lebih 300,000 Pengunjung