in ,

Movie Day Out Sensasi Selebriti Tolong Awek Aku Pontianak

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah lama betul, kita tak hang out dan tonton wayang citer Melayu sama-sama kan? Asyik citer Hollywood je, sekali sekala, kenalah sokong filem tempatan. So, esok, Budiey ingin mengajak pembaca untuk menonton filem TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay? Tiket percuma untuk korang + dapat goodie bag istimewa.

Tak perlu nak citer banyak pasal TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK sebab korang dah tahu tentang filem ini kan masa Party Costume yang Budiey.com dan Tayangan Unggul anjurkan di Menara KL yang lepas. Jadi, Budiey rasa ini adalah peluang untuk korang tonton filem ini di pawagam sebab lawak sempoi dalam filem ni memang Budiey suka sangat.

Poster Tolong Awekku Pontianak

Sinopsis TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK:
Filem ini mengisahkan bagaimana seorang manusia boleh jatuh cinta kepada Pontianak.

Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.
Ina (Faezah Elai), inilah awek Bob. Kerja dia sales assistant je. Ina sanggup tinggalkan Bob dan pergi kepada lelaki yang lebih kaya kerana tak sanggup hidup dengan loser. Kesian Bob.

Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.

Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.

Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay), cantiklah jugak. Tapi tak macam kakak dia, dia ni garang sikit dan sangat menjaga kakaknya. Aktif menjalankan aktiviti Pontianak disekitar kawasan perumahan dia.

Keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. Aduh…kesian betul kat Bob.

TRAILER Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Bila? Hari Sabtu ini, 16 Julai 2011, Jam 12.30 tengahari

Waktu Tayangan: 1 pm

Di mana? Pawagam TGV Suria KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Movie Still Tolong Awek Aku Pontianak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

63rd Primetime Emmy Award Nominees

Pakar Teh Tarik Berusia 18 Tahun Memenangi Takhta Raja Tarik F&N