in

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti – Andartu Terlampau

Salam buat semua pembaca budiman,

Mahu menonton filem komedi, Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami bersama pembaca Budiey.com? Jom! Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti.

Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami adalah filem komedi lakonan Erra Fazira, Haliza Misbun, Fahrin Ahmad, Awie, Abby Abady, Fara Fauzana dan ramai lagi.

Sinopsis Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami:

Cerita yang mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara masih lagi belum kberkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkanya bersetuju untuk berkahwin sehingga sanggup ‘mix and match’ anaknya itu dengan calon yang dirasakan mereka sesuai. Namun Nik Melati Sukma atau Nikki nekad mencari jodohnya sendiri.

Pelbagai peristiwa lucu yang melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami sementelah ibunya Fatimah telah memberi kata dua:seandainya tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki tiada pilihan melainkan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta persetujui bersama oleh bapanya Nik Mat.

Dalam melayari pelbagai senario bersama senarai calon-calon suaminya yang panjang, Nikki semakin lelah kerana apa yang dimahukannya tidak diperolehinya. Putra Aziz Al-Biruni; anak rakan baik ibunya, walaupun tampan namun kerjayanya sebagai peguam menjadikan sifat yang suka berperang di mahkamah bagi menegakkan kebenaran terbawa-bawa hingga ke luar dan ini turut melemaskan Nikki.

Maka Nikki yang amat terkenal dengan sifatnya ynga ‘impulsive’ lantas mengambil keputusan nekad untuk berkahwin degan Omar Shariff, lelaki yang sentiasa ada dalam hidupnya sekian lama. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Nikki bertemu kembali kekasih lama yang dicintainya sewaktu di universiti dulu iaitu John Johny Johnathan.

Paling tragis sekaligus membuatkan Nikki berfikir dua kali samada untuk meneruskan pernikahannya dengan Omar Shariff atau tidak ialah, apabila John Johny Jonathan melamarnya pada hari pernikahannya itu. Apakah sifat impulsive NIkki kali ini mampu mendorongnya untuk membatalkan pernikahan dengan Omar Shariff di saat akhir? Jawapannya ada di dalam Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami!

Bila? Hari Sabtu ini, 5 Jun 2010, Jam 11.30 pagi

Waktu Tayangan:12.00 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC, Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang

Kategori:U

Runtime: 90 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Jom tonton trailer filem:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Ohh… Bola Lakonan Ezani & Amyza Adnan

Gossip Selebriti Berhibur Sakan Selepas Berbuka