Saluran TV9 Di Hatiku yang telah mencecah tahun ketiga memperhebatkan lagi siaran rancangan buat tatapan penonton setianya. Sentiasa membariskan pelbagai rancangan menarik untuk semua peringkat umur, TV9 bakal menayangkan sebuah rancangan yang pasti menjadi pilihan golongan muda dan peminat sukan lumba bermotosikal.
Sebagai penyiar rasmi MotoGP, TV9 telah diberi kepercayaan untuk menayangkan siaran tertunda MotoGP yang menempatkan 17 destinasi litar.