in ,

Motivasi Ajak Pemuda Ke Surau Dalam Drama Bersiri JODOH TERSASAR ALAMAT

Firman Allah dalam Surah al-Duha ayat 11 yang bermaksud: “Adapun nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.”

Justeru melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan mengerjakan pelbagai bentuk amal ibadat adalah sebahagian daripada cara mensyukuri nikmat kurniaan-Nya dalam kehidupan.

Ia termasuklah golongan melazimi solat berjemaah di masjid dan surau. Beribadah bukanlah amalan yang dilakukan secara bermusim. Antara tanda seseorang mendapat kemanisan iman ialah apabila dia sangat senang dan cinta untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT pada setiap masa.

Dibawakan secara santai kepada penonton, plot kisah watak Muluk dan Iskandar yang cuba meramaikan jemaah surau dengan pelbagai cara. Dalam masa yang sama, Iskandar telah jatuh hati dengan Nasha tanpa mengetahui Nasha adalah tunangan orang.

Ia melatari drama bersiri mengisi slot Bidadari yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Jodoh Tersasar Alamat” mulai 5 Ogos ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.00 petang di TV1.   

POSTER jodoh tersasar alamat drama

Menampilkan pelakon Ungku Hariz, Syazuwan Hassan, Husna Mustaffa, Hana Aqeela, Laila Nasir dan Nadya Syahera, drama 13 episod arahan Azmi MD Hata ini membawa plot cerita tentang kali pertama terlihat Nasha, Issey terus jatuh cinta kepadanya. Issey mula mengorak langkah untuk memikat hati Nasha sehingga menimbulkan perasaan rimas Nasha padanya.

Ketika itu juga Issey mula berubah. Sudah mula berjemaah di surau dan bakal menjadi pelapis bilal. Sempena hari jadi Nasha, Issey telah melamar Nasha untuk menjadi kekasihnya. 

Pada masa sama, setelah berbincang dengan Muluk, Issey merasakan dia perlu bertemu dengan orang kampung untuk membuat kaji selidik mengenai sebab orang kampung tidak gemar ke surau.

Issey cuba untuk mengelak daripada menjadi bilal pelapis kepada Pak Bilal. Fatiha pula terus mengikut ceramah agama Muluk melalui media sosial dan mula menaruh hati padanya.

Issey ingin mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk menarik orang kampung ke surau. Bagi mendapatkan perhatian orang kampung, Issey telah membeli kerusi urut yang diletakkan di surau sebagai tarikan. Namun kerana kerusi urut, orang kampung mula bergaduh. Kali ini, Issey mencadangkan aktiviti baharu di surau. Fatiha dan Linda pula tiba-tiba bermasam muka sesama sendiri. Namun penyebabnya tidak diketahui.

Issey dan Muluk terus bermesyuarat dengan Tok Ketua Kampung, Pak Imam dan Pak Bilal untuk merancang aktiviti-aktiviti baharu di surau. Nasha semakin gelisah apabila teringatkan janji palsu yang diberikannya kepada Issey.

Nasha semakin resah dan risau apabila Issey memberitahu bahawa ibunya, Mak Mah telah bersetuju untuk menjadikan Nasha sebagai menantu. Berbunga-bunga hati Fatiha apabila Issey mencadangkan dia melamar Muluk.

watak utama... Jodoh Tersasar Alamat

Issey berjaya meyakinkan Mak Mah untuk masuk meminang Nasha. Namun, pinangannya ditolak kerana Nasha telah bertunang dengan pemuda lain. Kecewa dengan hal tersebut, Issey bertindak mengurung dirinya.

Issey nyata terkejut dengan apa yang diperjelaskan oleh Nasha. Issey juga keliru antara siapa kawan dan siapa lawan. Apa sebenarnya yang dinyatakan oleh Nasha sehingga Issey balik kepada perangai lamanya?

Linda yang sudah mengetahui tentang pertunangan Nasha dan Muluk berasa sedih dengan berita tersebut, tetapi berjaya dipujuk oleh Nasha. Muluk pula masih cuba memujuk Issey untuk kembali mengimarahkan surau di kampung, namun Issey masih enggan. Bermulah kehidupan Muluk dan Nasha sebagai suami isteri. Muluk ada kejutan untuk Nasha. Issey pula sudah mula gila bayang, tetapi dengan siapa?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOH SALLEH

Noh Salleh & Mizz Nina Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai

Puteri Sarah Titip Sokongan Buat Mizz Nina Agar Tabah Hadapi Dugaan