d.antara merupakan single kedua dari EP anteseden yang akan dilancarkan di semua platform digital utama pada 4 Mac 2023.
Menurut vokalis dan gitarisnya, Sahaq Ibrahim, lagu tersebut merupakan perantara untuk dua haluan muzik berbeza yang dibawakan motherwit.
“Lagu ini diletakkan sebagai trek ketiga daripada lima lagu yang akan dimuatkan dalam EP kami. Tujuan ia diletakkan di tengah-tengah kerana ia merupakan perantara untuk dua haluan yang kami bawa.
“Dua lagu pertama lebih dekat dengan haluan muzik dalam EP pertama kami, “archived” demo manakala dua lagu terakhir lebih dekat dengan haluan baharu motherwit,” katanya.
Sahaq yang juga komposer utama untuk motherwit berkata, d.antara bercerita tentang konflik pasangan yang sudah menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama.
“Kami cuba teroka sisi berbeza dalam percintaan, terutamanya untuk mereka yang dah bercinta lama. Biasanya konflik yang diangkat dalam mana-mana karya seni adalah tentang pasangan yang curang atau hubungan yang akhirnya terputus.
“Dalam d.antara, konflik utamanya tentang komunikasi. Apabila bercinta dalam tempoh yang lama, kadang kala hubungan jadi kelam dan tawar, tapi pasangan ini masih mencintai satu sama lain.
“Satu pihak dia ambil mudah terhadap pasangannya dan pasangannya itu pula sudah terlalu percaya yang mereka saling menyayangi, menyebabkan dia tidak berusaha untuk menunjukkan kasih sayangnya. Perhubungan itu akhirnya menjadi suram.
“Ini konflik senyap yang banyak berlaku pada pasangan yang sudah lama bercinta atau berkahwin. Keterujaan bercinta pada awal perhubungan mereka perlahan-lahan hilang walaupun kedua-duanya masih sayang.
“Semuanya tentang komunikasi. Pasangan yang sudah terlalu selesa antara satu sama lain suka bergantung kepada rasa yang ada dalam hati, tanpa mengungkapkannya.
“Ini yang kami cuba teroka dalam d.antara, kami ambil sisi yang berbeza daripada konflik yang biasa diceritakan dalam lagu-lagu sedia ada dalam pasaran,” jelasnya.
Selain membawa tema lirik dan susunan yang unik, d.antara juga merupakan lagu pertama motherwit yang menampilkan vokalis jemputan.
Bagi Shuhusna, peluang berkolaborasi bersama motherwit dalam lagu ini sangat mengujakan.
“Pertama kali dengar lagu ini, saya terus terima pelawaan motherwit.
“Bahagian verse dan korusnya ada rasa gembira dan manis tetapi menuju penghujung, ia jadi gelap dan kucar-kacir.
“Saya kagum dengan peralihan antara dua bahagian itu. Tak terfikir pula lagu yang awalnya gembira boleh bertukar menjadi begitu gelap.
“Saya diberitahu yang lagu ini tentang percintaan atau perkahwinan. Saya boleh faham sebab begitulah perkahwinan, tak semuanya indah selalu. Lagu ini pun begitu, ada suka dan dukanya,” katanya.
Video lirik d.antara akan ditayangkan bermula 6 Februari di saluran Youtube motherwitnoise. Versi audionya pula boleh dinikmati bermula 24 Februari di semua platform digital utama.
*NOTA: Nama motherwit dan tajuk lagud.antara dieja dengan semua huruf kecil
VIDEO LIRIK D.ANTARA
muzik oleh MOTHERWIT
menampilkan SHUHUSNA
rakaman oleh MOTHERWIT
dirakam di SYNKRONI STUDIO
adunan dan adunan rapi EMEIRUL ASHRAF
lirik oleh SAHAQ IBRAHIM
dihasilkan oleh MOTHERWIT
video lirik oleh SAHAQ IBRAHIM
TENTANG MOTHERWIT
Nama motherwit diilhamkan daripada konsep naluri ibu atau akal budi, kepentingan untuk mempunyai kearifan semula jadi dan praktikal dalam menjalani kehidupan. Kugiran ini bermula sebagai projek solo Sahaq Ibrahim, pemuzik tanpa latar pendidikan muzik sebelum disertai Noh Zulazfar di posisi gitar pada Jun 2021 dan Pak Lah di posisi bass pada Januari 2022. Kemudian, Aza mengisi kekosongan pada posisi dram sebagai sessionist tetap.
Pengaruh yang berbeza dalam kalangan semua ahli menjadikan muzik motherwit unik, dengan lakuran elemen synth, pop, indie, rock malah sedikit jazz. Kugiran ini mengambil inspirasi dari pemuzik terdahulu, baik dari dalam mahupun luar negara.
motherwit ialah:
noh zulazfar // gitar
sahaq ibrahim // gitar x vokal
pak lah // bass
aza azmeerul // dram x vokal
Ikuti kami:
Spotify
Youtube
Emel: [email protected]
Telefon: +6011 5628 4687
DISKOGRAFI
10/01/2020 – parachute (trek demo/video lirik)
30/01/2020 – gundah (trek demo/lagu saduran)
04/04/2020 – senjakala (EP kompilasi PKP Project: Stay Home // Stay Safe)
10/05/2020 – demons//wall (EP kompilasi PKP Project Vol. 2: Extended)
13/05/2020 – EP “archived” demo (platform digital)
12/12/2020 – amanah (video muzik)
25/12/2020 – amanah (platform digital)
30/07/2021 – thunder (video lirik)
08/08/2021 – thunder (platform digital)
07/07/2022 – sunyi (video lirik)
08/07/2022 – sunyi (platfom digital)
08/12/2022 – kasih kekasih (video muzik/lagu saduran)
31/12/2022 – mtwt_piano_version (platform digital)