in

Mother’s Day Miracle Night With Datuk Siti Nurhaliza

Selepas tiga tahun tidak melakukannya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan tampil dalam persembahan sempena sambutan Hari Ibu yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 15 Mei ini. Mother’s Day Miracle Night bakal diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM di sini pada pukul 8 malam.

Siti Nurhaliza ber­­kata, sempena penampilannya dalam persembahan Mother’s Day Miracle Night With Datuk Siti Nurhaliza itu, beliau akan berkongsi kepakaran memasak untuk disajikan kepada penonton bertuah menerusi segmen khas.

siti-nurhaliza-gossip

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal memasak hidangan istimewa sebagai penghargaannya untuk ibu bertuah yang akan hadir pada persembahan tersebut.

Siti akan memilih satu sajian khas yang akan dihidangkan bersama menu lain dan akan memasak secara langsung di hadapan penonton pada persembahan itu.

“Ini adalah satu kelainan dan penghargaan saya kepada kaum ibu bertuah pada malam itu dengan memasak hidangan istimewa untuk mereka. Bagaimanapun saya masih belum memikirkan menu yang sesuai mungkin menyediakan masakan Melayu seperti ketam telur masin atau pun ikan patin tempoyak.”

“Pada malam itu, saya akan memasak satu menu sahaja untuk te­tamu yang diraikan. Saya lihat ia satu pendekatan yang cukup baik selepas tiga tahun tidak membuat persembahan Hari Ibu. Saya mahu penonton yang diraikan pada malam itu lebih dekat dengan saya.”

Siti Nurhaliza ba­kal menyampaikan lapan lagu dalam persembahan itu yang turut menampilkan dua pelawak iaitu Nabil Ahmad dan Angah Raja Lawak. Majlis berkenaan diba­wakan secara eksklusif oleh OMGFest Ventures dan turut mendapat tajaan oleh syarikat kosmetik Nouvelles Visages.

Sempena persembahan itu, Pengarah Urusan Nouvelles Visages, Rita Sosilawati akan menyampaikan sumba­ngan kepada 30 anak yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan.

Dalam pada itu, Siti berkata, selain memasak dia juga akan menghadiahkan barangan kesayangannya kepada pemenang bertuah malam itu. Jelas Siti, dia akan memilih pemenang secara spontan di kalangan ibu yang hadir dan menjanjikan barangan peribadinya itu adalah sesuatu yang istimewa.

Sementara itu, Siti berkata, dia bakal mendendangkan lapan buah lagu termasuk beberapa lagu yang bertemakan ibu. Kata Siti lagi, kehadiran Nabil dan Angah diyakini dapat menggamatkan suasana dengan selingan sketsa dan lawak mereka berdua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shahz Jaszle Bernikah Dengan Hanis Husna

Artist Lineup for MTV Music Evolution 2015