Kunjungan Suria FM kali ini selaku rakan strategik bertujuan mendekati dan sekaligus memberikan pendedahan mengenai peranan Maritim Malaysia dalam melaksanakan salah satu fungsi tugas teras agensi selaku koordinator mencari dan menyelamat maritim kebangsaan.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan antaranya sesi rakaman Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dalam menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut, sesi temubual bersama beberapa anggota terlibat seperti pegawai Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Juruterbang Maritim Malaysia dan Perenang Penyelamat, juga aksi gimik proses mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang dilakukan oleh barisan penyampai di kawasan perairan Selangor dengan menaiki helikopter khas Maritim Malaysia.
Menurut penyampai Morning Morning Suria, Ajak “Saya dan Shuib sangat teruja dapat merasai pengalaman menjadi sebahagian daripada angkatan Maritim Malaysia dan tidak dinafikan kami sangat gemuruh sewaktu melakukan gimik proses mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang memerlukan saya untuk “winching” ke laut dari atas helikopter. Terima kasih kepada semua kakitangan Maritim Malaysia yang terlibat dalam menjayakan gimik tersebut dengan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat. Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kesedaran Keselamatan Maritim buat Maritim Malaysia, We Take It Seriously”.
“Satu pengalaman yang tak dapat saya gambarkan kerana saya tidak pernah menaiki helikopter, dan ini merupakan pengalaman pertama dan ia sangat mengu. Bagi saya, ini satu pengalaman manis Suria berikan kepada saya yang tidak dapat dilupakan. Kita seharusnya berbangga dengan maritim Malaysia kerana tanpa mereka siapa yang mahu menjaga persisiran pantai dan menyelamat di Malaysia, Terima kasih Maritim Malaysia, Selamat Hari Kesedaran Keselamatan Maritim!“ ujar Shuib selaku penyampai Morning Morning Suria.
Jangan lupa saksikan video penuh Morning Morning Suria bersama APMM di semua platform digital Suria Malaysia!