SLOT Best of TVB Moonlight Resonance
Tiada keluarga yang sempurna;
Adakah batasannya apabila harta, maruah, dan kuasa menjadi taruhan?
HARI TAYANGAN: ISNIN – JUMAAT
TARIKH TAYANGAN: 12 OGOS 2010 – 7 OKTOBER 2010
WAKTU TAYANGAN: 7.00PM – 8.00PM
TEMPOH: 60 MINIT
EPISOD: 40
BAHASA: CANTONESE
Pelakon: Moses Chan, Raymond Lam, Bosco Wong, Louise Lee Sze Kei, Ha Yu, MichelleYim, Susanna Kwan, Lee Heung Kam, Linda Chung, Tavia Yeung, Kate Tsui, FalaChen, Wayne Lai, Louis Yuen, Chris Lai Lok Yi
Drama popular yang telah menerima anugerah utama dan memakan belanja produksi terbesar, Moonlight Resonance, kini ditayang di 8TV. Drama ini bukan sahaja mendapat rating dan komen yang sangat positif sejak permulaan episod hinggalah penghujungnya malah ia telah menerima jumlah penonton tertinggi dalam stesen TVB!
Moonlight Resonance mengisahkan mengenai satu pasangan muda yang sama-sama memulakan perniagaan mereka sendiri iaitu Moonlight Cake Shop sehinggalah perniagaan mereka mencapai tahap reputasi yang memuaskan. Namun ia tidak seperti dalam cerita dongeng, kebahagiaan itu berakhir setelah mereka memiliki 6 orang anak dan menyedari si suami mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri. Chung Siu, seorang isteri yang telah mendapat tahu tentang kecurangan suaminya, Kam Tai Cho dengan rakan baiknya yang juga pekerjanya, Yan Hung.
Kerana sikap pentingkan diri sendiri, Yan Hung telah memporak perandakan hubungan antara Tai Cho dan isterinya hingga menyebabkan mereka bercerai dan kedua-dua mereka harus membahagikan hak penjagaan anak-anak. Chung Siu mempunyai hak jagaan keatas Kan Wing Ho, Kam Wing Hing dan anak angkat mereka, Suen Ho Yuet. Manakala Tai Cho mempunyai hak jagaan keatas Wing-ka, Wing-Yuen dan Wing Chung.
Selepas penceraian mereka, Tai Cho dan Yan Hung mengambil alih perniagaan Moonlight Cake Shop, manakala Chung Siu dan anak-anaknya harus bersusah payah membina kedai kek baru untuk menyara hidup.
Kekejaman Yan Hung tidak berakhir disitu. Dalam diam-diam, Yan Hung cuba memusnahkan keluarga itu dengan memisahkan Tai Cho dengan anak lelakinya. Dalam pada waktu yang sama, Yan Hung mengambil kesempatan untuk berbaik-baik dengan ibu mertuanya kerana Yan Hung tahu bahawa hubungan ibu mertuanya dengan Chung Siu tidak begitu baik.
Apabila Yan Hung baru bermula untuk mengembangkan perniagaan mereka, adik kepada Chung Siu, Chung Siu Sa mempengaruhi Chung Siu untuk mengheret Yan Hung kemahkamah dan menuntut hak pemilikan perniagaan kedai kek tersebut.
Di dalam drama kekeluargaan ini, anak sulung Chung Siu, Kam Wing Ka telah mula jatuh hati dengan anak perempuan Siu Sa, Lo Ka Mei dan pada masa yang sama dengan Yuet. Walaupun Ka merupakan anak sulong dalam keluarga, Ka tidak berminat untuk menguruskan kedai kek mereka. Lain pula bagi adiknya Wing Ho, yang pikul lebih tanggungjawab dalam keluarga untuk menyara hidup mereka sementara mengharungi hubungan cintanya.
Sebuah ungakapan tentang masa dan fitrah manusia, hubungan, dan cinta yang merungkai segalanya – saksikan drama yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Tahunan TVB yang ke 18 dan menerima jumlah rating penonton tertinggi dalam siri TVB.
“Satu rancangan kekeluargaan yang penuh dugaan dan cabaran yang pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya. Pernah mencapai kejayaan yang besar di Hong Kong, kini kami tayangkan drama yang memenangi pelbagai anugerah ini, hanya untuk anda secara percuma dan eksklusif di 8TV” ulas Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.
Alami pelbagai nilai keluargaan, yang penuh kemesraan, percintaan, kelucuan, dan kehibaan dalam Moonlight Resonance bermula 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00malam, secara eksklusif di 8TV. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.